Friday, February 6, 2009

Ada apa dengan Valentine's day....

VALENTINE'S Day atau Hari Kekasih sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.

Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti
bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut,nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas
dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas
itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh
kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius
II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan
pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan
mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi
yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas
Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya
dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan
pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya
buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih:

  • Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;
  • Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
  • Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:

“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah yang tafsirnya

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).

( utk renungan bersama )...^_^

3 comments:

  1. Marilah kite berkasih syg mengikut syariat!!~
    Daah ade calon tell me2 i want to know.hohoho!!~

    ReplyDelete
  2. wahh hallu..
    kagum gile r post camni!!!ehhee
    ni original ke spicy??? ;p

    ReplyDelete
  3. kalo ade calon akan diberitahu kemudian ye..hehehe..jgn le cmtu faizal..jz sharing maa ape yg boleh dikongsikan bersama..^_^

    ReplyDelete