Thursday, November 19, 2009

Akhirnya...



Akhirnya..kini pasti ku merasai..cinta nan suci...mesti pembaca pernah mendengar alunan melodi muzik dari anita sarawak inikan?...penulis hanya ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa penulis akhirnya telah menemui pasangan yang penulis rasakan dapat melengkapkan kehidupan diri ini di dunia dan di akhirat..insyaAllah... :D ...dalam kesibukan penulis menyiapkan projek boleh pulak penulis mempunyai kesempatan untuk mencari jodoh ek?...kata orang kalo ada jodoh x kemana bukan?cuma perlu berusaha la untuk mencarinya...penulis berharap dapat menjadi seorang yang lebih matang dan mampu memperbaiki diri dengan lebih baik...semoga perhubungan penulis ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi...doakan kebahagian dan kesejahteraan penulis bersama pasangan ye..aminn..^_^

Tuesday, November 3, 2009

FYP...

Salam,

Wah..semester ni penulis akan membuat Final Year Project yang bertajuk INVESTIGATION OF TT-TRANSFORM APPLICATION FOR POWER SYSTEM FAULT ANALYSIS...doakan kejayaan penulis untuk menyudahkan project ini..semakin bz la nmpknye..huu~...Ganbatte!!..^_^

Wednesday, October 28, 2009

Mabuk Cinta...

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

wallahualam..^_^

Tuesday, October 20, 2009

Hakikat..



Waa..dah gatal tangan penulis nak menaip untuk blog ni...ok..kali ni topik yg ingin bangkitkan adalah hakikat...hmm..hakikat cmne tu ek?same2 la kita bincangkan..sekarang ni ape yang penulis nmpak adalah telah menjadi suatu tradisi atau trend remaja untuk mempunyai pasangan atau couple...kebanyakan remaja beranggapan perlunya bercouple ditahap kite masih belajar tidak kire sama ada masih di peringkat menengah atau pengajian tinggi kerana mereka berasa kononnya bile bekerja nanti sukar untuk mencari jodoh...yeke?


Penulis tertarik dengan tanggapan sebegitu...penulis tidak kisah jika pasangan ni melalui kehidupan mereka sebagai pasangan tidak banyak menimbulkan masalah diantara satu sama lain...tp bagaimana pula sekiranya terdapat pasangan yg selalu menimbulkan masalah?tentunya emosi pasangan akan terganggu lebih2 lg sebagai seorang yg masih bergelar pelajar...tentunya pelajaran mereka akan terganggu bkn?dan masa mereka untuk mengulangkaji dan membuat assignment juga akan terganggu bkn?sebagai seorang pelajar kita seharusnya tidak membebankan fikiran kita dengan masalah2 yang remeh seperti ini...tugas kita hanyalah perlu belajar yang telah diamanahkan..


Bagi penulis jika mencari cinta diwaktu kita sedang menuntut ilmu banyak juga halangannya...bagaimana jika sekiranya pasangan masing2 telah tamat pengajian selepas itu pergi mencari kerja dengan haluan atau tempat yang berbeza yang menyebabkan terputusnya hubungan yang telah lama dibina?berbaloikah hubungan yg dibina sebelum ini?jika haluannya sama dan dapat bertahan alhamdulillah..


Penulis ingin tekankan bahawa tidak salah untuk kita mencari hubungan cinta diwaktu masih belajar...cuma penulis ingin nasihatkan biarlah berpada2 dan berfikiran matang dalam melayari bahtera yang bahagia itu dengan bijak kerana itu adalah hakikat yang kita tidak boleh sangkalkan..wallahualam...

Hmm..

Salam sume,

Wah..agak lame gak penulis tidak update ape2 kt blog ni..hmm..mase selalu tidak mengizinkan bg penulis untuk mencoret sesuatu di halaman ni...selepas ni penulis akan cube berusaha untuk mencuri mase untuk melontarkan ape yg ade diminda penulis ke halaman blog ni..setakat ini saje update dr penulis..diharap pembaca masih setia dengan entri2 yg akan disampaikan oleh penulis..wassalam..

Sunday, August 23, 2009

Selingan 17...

Kisah Sahur

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi..

Tuesday, July 28, 2009

Matang..



Apakah yg dimaksudkan dengan matang?dari sudut pandangan penulis apabila seseorg itu telah mumaiyiz iaitu dpt membezakan mana yg baik dan mana yg buruk...

Jika kita memerhatikan dengan keadaan persekitaran yg penuh dengan pelbagai masalah yg berlaku adakah pembaca setuju dengan pandangan penulis di atas?semestinya tidak bukan?...dengan keadaan dunia sekarang yg hampir kepada penghujung hayatnya, kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yg mendatang...oleh itu skop matang ini begitu luas untuk ditafsirkan..

Mungkin pembaca mempersoalkan apa yg ingin dihuraikan oleh penulis disini...bg penulis apabila seseorg itu dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan warasnya dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan sempurna supaya memperoleh kesenangan dan kemewahn di akhirat kelak...penulisan penulis mungkin nampak sebagai bersifat islamik...tetapi penulis tidaklah terlalu mengharap kita semua akan menjadi sempurna...tidak salah jika kita sekadar niat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana sudah tentu perjalanan hidup kita akan bertambah sempurna...

Penulis pun hanyalah manusia biasa yg penuh dengan dosa-dosa...penulis berharap sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat minimumkan perkara mungkar kita dan memperbanyakan amal ma'aruf...apabila kita semakin dewasa sifat matang ini akan berkembang dan kita berharap dapat memperoleh hidayah dari Allah supaya berada dilandasan yg betul..sekurang-kurangnya apabila kita ingin melakukan kemungkaran kita dapat berfikir bahawa Allah sentiasa ada untuk melihat perbuatan kita dan insyaAllah kita akan terpelihara...

wallahualam..

*Penulis hanyalah insan yg lemah dan sentiasa melakukan dosa...semoga Allah dpt memberikan hidayah kepada kita bersama..insyaAllah*

^_^