Monday, February 2, 2009

Politik...

penulis tetbe terasa mahu berdiskusi dlm hal politik...mungkin kebanyakan dr kita terutama para remaja tidak mengendahkan atau malas nk lyn mengenai hal2 politik ini...apabila disoal apa yg kita tahu mengenai politik, kebanyakan dr kita akan mengaitkannya dengan korupsi,kroni dan lain-lain yg kebanyakan impak negatif terhadap politik..penulis tidaklah begitu taksub atau gila mengenai politik sangat..cuma bg penulis sekurang2nya kita ambil tahu sedikit mengenai politik terutama di negara kita sekarang...tetapi adakah kita tahu makna sebenar politik?apakah kepentingan politik?perkara ini yg akan cuba penulis bincangkan...

apa itu politik?melalui pengetahuan penulis politik secara ringkasnya adalah 'figure'...berasaskan perkara ini ia akan membentuk satu kuasa yg dpt mempengaruhi dan seterusnya mempunyai kuasa utk memerintah...kita mungkin tidak faham apakah kepentingan politik kepada kita...apabila disoal mengenai kepentingan antara politik,pendidikan,sosial dan ekonomi kebanyakan dr kita akan meletakan kepentingan politik di bawah sekali...sebenarnya politik memainkan peranan yg paling penting dlm bidang pendidikan,sosial dan ekonomi...mengapa?ini kerana politik mempunyai kuasa...kuasa itu merupakan perkara yg penting dlm menentukan hala tuju bidang2 tersebut...dengan politik kita boleh mengubah dasar2 yg sedia ada mahupun membentuk dasar yg baru...perkara ini yg akan membawa kemana arah tuju dan matlamat negara kita samada ke arah yg memberi keharmonian ataupun ke arah kekecohan...

apa yg kita lihat sekarang ini keadaan politik di negara kita agak mengalami kekalutan dan kekecohan...seperti mana yg sekarang ini hangat berlaku di Perak...perkara2 sebegini yg menyebabkan suasana yg tidak stabil dan menyebabkan ada pihak2 tertentu yg mungkin akan mengambil kesempatan...perkara sebegini sepatutnya dapat dielakkan supaya tidak ada mana2 pihak boleh mengambil kesempatan dengan keharmonian dan kemakmuran yg kita nikmati...bak kata pepatah 'dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'...

penulis tidaklah menyuruh pembaca sekalian memilih parti2 tertentu...penulis tidak nafikan korupsi mesti ada berlaku dalam mana2 parti politik...tetapi yg paling utama kita lihat adalah ia dpt menjaga hak agama,bangsa dan negara..tepuk dada tanyalah iman...^_^


No comments:

Post a Comment