Sunday, February 22, 2009

Konflik...

kali ni penulis ingin membincangkan topik mengenai konflik...sume pembace penulis dpt rsekan telah mengetahui apa yg dimaksudkan dgn konflik...bg penulis konflik ini terbahagi kpd 2 iaitu konflik dlm diri kita sendri dan konflik dgn org lain...konflik dlm diri slalunya memberi kesan yg mendalam kpd dlm diri seseorg...apabila konflik dlm diri tidak dpt diselesaikan maka ia mungkin akan melibatkan konflik dgn org lain dan seterusnya menambah lagi beban yg telah sedia tertanggung...terdapat pelbagai mslh yg sering dihadapi antaranya:-

-Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
-Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
-Merasa diri dilayan secara tidak adil
-Kesunyian
-Sukar memahami emosi
-Susah membuat keputusan

perkara2 sebegini sering membelenggu diri kita apabila kita dikaitkan dgn konflik...konflik selalunya akan menyebabkan kita tidak dpt menjalani kehidupan seharian dgn tenang dan harmoni...terdapat beberapa cara utk cuba menyelesaikan konflik,antaranya ialah:-

- Kenalpasti punca konflik
-Janganlah menyalahkan orang lain
-Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
-Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
-Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
-Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak jika
melibatkan konflik dgn org lain
-Doa jgn dilupakan supaya dpt memohon petunjuk dan pertolongan
dr Yang Maha Kuasa

apa yg ingin ditekan oleh penulis disini ialah walaupun pelbagai konflik yg kita hadapi,kita harus berfikir secara waras dan sentiasa mengingati bahawa Allah sentiasa disisi kita utk membantu...ini yg dinamakan kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran utk kita atasi supaya mendapat keberkatan dr Allah di akhirat kelak..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment