Sunday, February 22, 2009

Konflik...

kali ni penulis ingin membincangkan topik mengenai konflik...sume pembace penulis dpt rsekan telah mengetahui apa yg dimaksudkan dgn konflik...bg penulis konflik ini terbahagi kpd 2 iaitu konflik dlm diri kita sendri dan konflik dgn org lain...konflik dlm diri slalunya memberi kesan yg mendalam kpd dlm diri seseorg...apabila konflik dlm diri tidak dpt diselesaikan maka ia mungkin akan melibatkan konflik dgn org lain dan seterusnya menambah lagi beban yg telah sedia tertanggung...terdapat pelbagai mslh yg sering dihadapi antaranya:-

-Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
-Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
-Merasa diri dilayan secara tidak adil
-Kesunyian
-Sukar memahami emosi
-Susah membuat keputusan

perkara2 sebegini sering membelenggu diri kita apabila kita dikaitkan dgn konflik...konflik selalunya akan menyebabkan kita tidak dpt menjalani kehidupan seharian dgn tenang dan harmoni...terdapat beberapa cara utk cuba menyelesaikan konflik,antaranya ialah:-

- Kenalpasti punca konflik
-Janganlah menyalahkan orang lain
-Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
-Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
-Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
-Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak jika
melibatkan konflik dgn org lain
-Doa jgn dilupakan supaya dpt memohon petunjuk dan pertolongan
dr Yang Maha Kuasa

apa yg ingin ditekan oleh penulis disini ialah walaupun pelbagai konflik yg kita hadapi,kita harus berfikir secara waras dan sentiasa mengingati bahawa Allah sentiasa disisi kita utk membantu...ini yg dinamakan kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran utk kita atasi supaya mendapat keberkatan dr Allah di akhirat kelak..insyaAllah..

Monday, February 16, 2009

Festival Colours of the World...

seperti yg penulis nyatakan sblm ini bahawa penulis menyertai tarian yg akan diadakan di UTP..alhamdulillah persembahan tarian telah selamat dipersembahkan di dewan canselor pd mlm 14 Feb yg lpas..event kt UTP tu agak besar la..disertai 20 ipta dan ipts...mmg agak cuak la ble betapa grandnye event ni...mmg pnuh la satu dewan..huu~..mmg satu pengalaman yg bru la bg penulis selepas menyertai persembahan itu..mcm2 komen penonton yg dpt didengari...ade yg ckp comel...ade yg ckp kesian..ade yg ckp ktorg ni satu2nye universiti yg semua lelakinya gagah perkasa..hahaha..tp ape2 pun mmg lyn la..good experience..ni pun xtau la akan join lg ke x dlm tarian..maybe akan dipikirkn kot...huhuhu..nway bwh ni pic2 yg sempat dirakamkan..enjoy..^_^








Friday, February 13, 2009

Selingan 10...

Bila Besar Nanti..

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

^_^

Menari...

tentu pembaca tertanya2 kenapa title kali ini penulis menulis mengenai menari...so utk pengetahuan semua penulis telah melibatkan diri dlm bidang tarian..jgn terperanjat sudeh..saje nk cube..tgk kebolehan yg ade kn..ni pun jz utk satu persembahan je yg akan diadakan di UTP pd 14 feb ni...tarian yg akan ditampilkan adalah tarian canggung...bleh tahan la gak tarian canggung ni..penulis pun xbape igt step sgt..tp lynkn jela..so penulis agak bz la mggu ni..xdpt nk update blog secara istiqamah..hee~..tp harap semua pembaca setia menanti post2 penulis yg akan dtg yee..sabar itu separuh dr iman..^_^

Wednesday, February 11, 2009

Are women are more complicated than men?

According to researcher, Huntington Willard, of Duke University, there is an actual genetic difference in the complexity of the women's genome and the men's genome. Willard says that the difference is so dramatic, we may have to start saying there are two human genomes, instead of one.

That's because on the 23rd chromosomal pair of the typical human , a female will have two X chromosomes while a male will have only one X chromosome, the other chromosome being a Y chromosome. The Y chromosome holds considerably fewer genes than the X chromosome but it has the important job of coding for maleness. It does this by either coding for maleness directly or by suppressing what's on the X chromosome.

But males do get one X chromosome on that 23rd pair and they, too, have the ability to code for whatever is registered on that X chromosome (at least in as far as those traits are not suppressed by the Y chromosome). In other words, males are not less than human simply because they don't have two X chromosomes ... notwithstanding what some might say to the contrary, especially those of us who lived among brothers during our formative years.

Consequently, at first glance, you might be tempted to suggest that because of the Y chromosome, it is the male who is obviously more varied and it is the male who is more complicated genetically. There would seem to be more variety in having an X and Y chromosome than in having two X chromosomes. But, according to Willard, you'd be wrong.

What Willard points out in the April edition of the journal, "Nature," is that the female is considerably more complicated exactly because she gets TWO X chromosomes in her genetic makeup kit. Each one of those X chromosomes has the same genes on it to code for the same human traits but each of those two genes comes from two different parents and, therein, lies the source of variation. The same gene on the X chromosome from Mom can vary considerably from the corresponding gene on the X chromosome from Dad. If Mom and Dad have two variations of the same gene and we look at all the different genes on the X chromosome and we start factoring in how many different combinatory ways there are in which all these genes can express themselves, we end up with a whole bunch of complication not seen with the single X on the XY chromosomal pair. On the XY pair, the genes on the X have no competition to their expression.

This makes for a much more complicated gene-set of possibilities in a woman than we see in a man, who carries only the X genes his mother passed to him. The woman's genetic makeup kit is more complicated precisely because she has two X chromosomes from two different parents.

It looks like we finally have a scientific basis for saying "women are more complicated than men." That's right ... your gut instinct about this matter was on target all along.

Sunday, February 8, 2009

Did you know?...

-It is not true that the Great Wall of China is the only man-made structure that can be viewed from space - many man-made objects, including the Dutch polders, can be viewed from space.

-Due to earth's gravity it is impossible for mountains to be higher than 15,000 metres.

-Plates carrying the continents migrate over the earth's surface a few centimetres (inches) per year, about the same speed that a fingernail grows.

-The tallest nation in the world is the Watusis of Burundi.

Jealous...

jealous or dlm bhs melayunya adalah cemburu...sifat cemburu ni mmg sudah tertanam ke dlm jiwa setiap insan...sifat cemburu ni kadang2 ada yg membawa kebaikan mahupun ke arah yg akan memporak perandakan diri mahupun org lain...tetapi kita kadang2 tidak mengetahui sifat cemburu ni lbh cenderung ke arah keburukan...

penulis cube merungkaikan kebaikan sifat cemburu ni..dlm bidang pelajaran misalnya kita berasa cemburu melihat rakan kita lebih hebat dr kita..so kita akan berusaha utk mempertingkatkan usaha utk menjadi yg terbaik juga...perkara2 sebegini akan membawa kebaikan kepada diri kita sendiri...

tetapi kita selalunya mengaitkan sifat cemburu ni apabila berkait dengan soal cinta...apabila sifat cemburu ini byk dikaitkan cinta, ia selalunya akan membawa kepada keburukan...pasangan yg bercinta slalunya akan mengalami perasaan cemburu yg sgt kuat dan menebal...apabila perkara ini berlaku mcm2 perkara buruk akan berlaku...spt fitnah-menfitnah, maki hamun, pergaduhan dll...perkara seperti ini dpt dielakkan jika kita dpt mengawal perasaan cemburu itu dan dpt berfikir secara waras dan matang mengenainya.

penulis berharap setiap dr kita mampu utk mengawal sifat cemburu ni dgn lbh terkawal...tidak slh kalo cemburu skit2 tp jgnla smpai berlebihan2 yg dpt membebankan diri kita sendri dan maybe kepada org lain...

Friday, February 6, 2009

Ada apa dengan Valentine's day....

VALENTINE'S Day atau Hari Kekasih sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.

Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti
bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut,nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas
dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas
itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh
kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius
II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan
pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan
mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi
yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas
Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya
dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan
pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya
buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih:

  • Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;
  • Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
  • Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:

“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah yang tafsirnya

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).

( utk renungan bersama )...^_^

Selingan 9...

alahai menantu...

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim.

Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. Setelah 3 hari berkahwin..Seman masih duk kat umah mentuanya.
setelah azan maghrib berkumandang..Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah..sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..abg tak penah solat ni"

"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..

Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..."
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut?
setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah.
seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.
pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.
"ish! gila ke menantu aku ni??"Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman.
Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.
Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.
Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
"seman...apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."


( sedih gle kalo masih ade org yg sebegini )

Thursday, February 5, 2009

Raja berpelembagaan...

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong diputuskn sembilan Raja perintah negeri

13 Disember 2006 , Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud, bakal diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, menggantikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Setiap lima tahun, inilah senario yang berlaku di Malaysia, antara segelintir negara di dunia yang masih mempertahankan institusi raja.

Berbeza dengan negara lain, institusi raja negara mempunyai keunikan tersendiri kerana pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘Raja Malaysia’, bukan berdasarkan keturunan daripada seorang raja kepada putera baginda.

Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan dengan sembilan dari negeri yang membentuk Malaysia mempunyai Raja Melayu menyebabkan semua raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong diputuskan oleh Majlis Raja-Raja yang dianggotai Raja Perlis dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Sultan Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Majlis Raja-Raja juga mempunyai anggota bukan raja, iaitu Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang tidak layak menjadi Yang di-Pertuan Agong atau mengundi dalam pemilihan jawatan itu.

Melalui sistem penggiliran, Yang di-Pertuan Agong akan berkhidmat selama lima tahun dan tiada raja yang akan berkhidmat selama dua penggal kecuali gilirannya tiba. Bagaimanapun, pengecualian boleh berlaku apabila ada raja yang menolak pencalonan.

Dalam sejarah pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Pahang dan Johor pernah menolak memegang jawatan itu. Sejarah sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong bermula apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan dari British menggunakan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat daripada kalangan sembilan Raja Melayu.

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, yang tertarik dengan sistem pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, mencadangkan sistem negeri Adat Perpatih itu diterapkan dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong pertama dan ditabalkan pada 2 September 1957.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen pada dua peringkat.
1) adalah negeri dengan sultan sebagai ketua negeri (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Negeri Sembilan dan Raja di Perlis) dengan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, manakala negeri yang tiada Raja Melayu diketuai Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri mengetuai kerajaan negeri.

Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri mengetuai kerajaan.

Melalui sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja Berperlembagaan, kuasa rakyat terletak pada Parlimen yang kemudian meletakkan kuasa eksekutif kepada Kabinet. Setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja membentuk institusi pemerintahan beraja bukan sekadar simbolik, tetapi adalah sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan, manakala rakyat melihat institusi ini sebagai sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara.
Secara teknikal, satu pusingan lengkap pemerintahan Yang di-Pertuan Agong adalah selama 45 tahun atau antara 1957-2003.

Bagaimanapun, pusingan itu lengkap lebih awal apabila Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, menaiki takhta pada 1989 dan menamatkan perkhidmatan pada 1994.

Pusingan baru pemerintahan Yang di-Pertuan Agong bermula dengan pelantikan Yang Dipertuan Besar Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman, pada 1994.

Antara faktor yang mempercepatkan pusingan ini berakhir ialah apabila tiga Yang di-Pertuan Agong dalam pusingan pertama, mangkat ketika dalam perkhidmatan, iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Agong pertama), Sultan Hisamuddin Alam Shah (kedua) dan Sultan Yahya Petra (keenam).

Pada pusingan kedua, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Yang di-Pertuan Agong ke-11) juga mangkat ketika dalam perkhidmatan.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Ciri-ciri kelayakan

# Hanya Raja boleh dipilih.

# Hanya Raja boleh mengundi.

# Kebiasaannya Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih. Bagaimanapun, peraturan ini tidak lagi digunakan selepas semua Raja dari negeri-negeri dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Sultan Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Satu senarai baru disusun semula dan digunakan sekarang adalah berdasarkan faktor kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).

Raja yang tidak layak dipilih
Perlembagaan menetapkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:

# Raja belum dewasa;

# Raja memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih

# Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja berkenaan adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong kerana kelemahan akal atau tubuhnya, atau sebarang sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli majlis.

Langkah awal sebelum pemilihan
# Mohon perkenan tarikh mesyuarat pemilihan.

# Jika ada kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan perlu dibuat tidak lewat daripada empat minggu daripada tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.

# Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Raja yang tidak berhasrat dipilih perlu memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam senarai pencalonan.

Prosiding pemilihan
Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli majlis.

# Pemilihan dibuat secara undi sulit.

# Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik saja keputusan undian diumumkan.

# Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.

# Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

# Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja terbabit dalam proses pemilihan.

# Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi untuk mengundi bagi pihak baginda jika Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

Proses pemilihan
# Ketika pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya, sama ada Raja yang paling kanan (satu nama saja) adalah sesuai atau tidak sebagai Yang di-Pertuan Agong.

# Calon mesti mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.

# Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran atau gagal memperoleh undi majoriti, proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi.

# Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

Selepas tamat urusan pemilihan
# Selepas tamat urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan baginda, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.

# Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

# Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas rasmi selepas menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi.

Wednesday, February 4, 2009

Syukur..

Alhamdulillah , Allah beri kita taufik dan hidayah untuk mengenal Islam dan dapat Iman insyaAllah..kita sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yg diberikan oleh Allah..semoga kita sama2 tidak leka dengan nikmat yg dilimpahkan ke atas kita dan semoga diberkati oleh Allah s.w.t....Sesungguhnya Allah s.w.t. menggandingkan syukur dengan zikir, dalam al Quran , iaitu pada Surah al Baqarah ayat 152 yang kita sedia tahu, "Maka ingatlah Aku nescaya Aku mengingati kamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan jangan kufur." Bersyukurlah, walau pada yang sedikit, atau yang kecil. Nabi s.a.w. bersabda," Orang yang tidak mensyukuri yang sedikit, tidak pula akan mensyukuri yang banyak."(Riwayat Ahmad).

Tuesday, February 3, 2009

Suara..

penulis xde suara hari ni..huu~..sedih gle..nk ckp pun susah..nk wat cmne terime jela dugaan yg dtg..penulis harap supaya dpt pulih sepenuhnye as soon as possible..^_^

Selingan 8...

suami yg xbleh blah..

Irra sedang tenat ditempat tidur menunggu ajal nya yang hampir tiba, ia dipangku oleh suaminya Awie yang sudah berlinang air mata....di tangannya masih berada saputangan untuk menghapus air mata yang berjatuhan....kemudian si Irra berbisik.. "Bang Wiee ku sayang.."(dengan suara yang lemah..).... "Ssshhht....sudahlah Irr jangan terlalu banyak bicara".... "Bangg". (dengan nada kesakitan dan kepiluan...) Irra memaksa untuk berkata-kata... "Aku mau mengatakan sesuatu bangg...aku ingin membuat pengakuan.." .....terus si Awie menyapa .."Tiada apa lagi yang harus kau akui Irr...sudah berehatlah..."(sambil menghapus air matanya Irra)... "tidak...tidakk...tidakk...Yang seharusnya Irr harus beritahu sesuatu pada abang Wie sekarang, biar Irr tenang nanti......bangg aku pernah tidur dengan adik mu,sahabat mu, dan ayahmu..hhhgggh..." ucap Irr dengan nada teresak-esak...... terus si Wie menyambung kata-kata si irr..." suudahlah Irr jangan paksa diri kau berbicara terus,..tidak apa-apa, aku tidak kisah semua itu, aku sudah tahu semuanya itu .....kalau tidak kenapa aku meracuni engkau dengan racun tikus untuk apa..?"

Monday, February 2, 2009

Politik...

penulis tetbe terasa mahu berdiskusi dlm hal politik...mungkin kebanyakan dr kita terutama para remaja tidak mengendahkan atau malas nk lyn mengenai hal2 politik ini...apabila disoal apa yg kita tahu mengenai politik, kebanyakan dr kita akan mengaitkannya dengan korupsi,kroni dan lain-lain yg kebanyakan impak negatif terhadap politik..penulis tidaklah begitu taksub atau gila mengenai politik sangat..cuma bg penulis sekurang2nya kita ambil tahu sedikit mengenai politik terutama di negara kita sekarang...tetapi adakah kita tahu makna sebenar politik?apakah kepentingan politik?perkara ini yg akan cuba penulis bincangkan...

apa itu politik?melalui pengetahuan penulis politik secara ringkasnya adalah 'figure'...berasaskan perkara ini ia akan membentuk satu kuasa yg dpt mempengaruhi dan seterusnya mempunyai kuasa utk memerintah...kita mungkin tidak faham apakah kepentingan politik kepada kita...apabila disoal mengenai kepentingan antara politik,pendidikan,sosial dan ekonomi kebanyakan dr kita akan meletakan kepentingan politik di bawah sekali...sebenarnya politik memainkan peranan yg paling penting dlm bidang pendidikan,sosial dan ekonomi...mengapa?ini kerana politik mempunyai kuasa...kuasa itu merupakan perkara yg penting dlm menentukan hala tuju bidang2 tersebut...dengan politik kita boleh mengubah dasar2 yg sedia ada mahupun membentuk dasar yg baru...perkara ini yg akan membawa kemana arah tuju dan matlamat negara kita samada ke arah yg memberi keharmonian ataupun ke arah kekecohan...

apa yg kita lihat sekarang ini keadaan politik di negara kita agak mengalami kekalutan dan kekecohan...seperti mana yg sekarang ini hangat berlaku di Perak...perkara2 sebegini yg menyebabkan suasana yg tidak stabil dan menyebabkan ada pihak2 tertentu yg mungkin akan mengambil kesempatan...perkara sebegini sepatutnya dapat dielakkan supaya tidak ada mana2 pihak boleh mengambil kesempatan dengan keharmonian dan kemakmuran yg kita nikmati...bak kata pepatah 'dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'...

penulis tidaklah menyuruh pembaca sekalian memilih parti2 tertentu...penulis tidak nafikan korupsi mesti ada berlaku dalam mana2 parti politik...tetapi yg paling utama kita lihat adalah ia dpt menjaga hak agama,bangsa dan negara..tepuk dada tanyalah iman...^_^