Baru-baru ini kita digemparkan pelbagai runtuhan yg telah berlaku di Malaysia...dan paling menggemparkan adalah runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan yg baru setahun siap dibina..adalah mengejutkan bg stadium yg nilainya ratusan juta ringgit begitu rapuh tidak setanding dengan nilai yg dilaburkan..
Penulis tidak mahu menfokuskan kpd nilai yg dilaburkan..tetapi penulis ingin tekan disini adalah sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun pihak yg berkaitan seperti JKR...sikap yg dimaksudkan adalah sikap tunggu dan lihat ataupun hanya pandai berkata tp tiada tindakan diambil...difahamkan bumbung stadium telah menunjukkan keretakan sblm tragedi ini berlaku..laporan telah dibuat kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan yg dilakukan...inilah yg dikatakan "sudah terhantuk barulah tergadah"...sikap sebegini barangkali kita boleh dapati didalam diri setiap warganegara Malaysia...pembaca nilai la sendiri dengan pelbagai kes-kes yg berlaku...apabila perkara buruk terjadi barulah tindakan akan dibuat..Malaysia mempunyai fasilliti kelas pertama tetapi pemikiran rakyatnya masih kelas ketiga..mendukacitakan bg penulis melihat keaadan sebegini..
Oleh itu penulis berharap semua pihak tidak kira la sesiapa pun asalkan mereka mengaku sbg warganegara Malaysia segera berubah untuk menjadi yg terbaik..perkara-perkara yg tidak diingini akan dpt dielakkan jika sikap dpt berubah dan ikhlas melakukan sesuatu perkara...dengan itu Malaysia mampu menjadi negara yg maju dan harmoni..sama-sama kita perbaiki diri..insyaAllah..
No comments:
Post a Comment