Agak lama penulis tidak mengupdate blog ni...mmg terasa rindu penulis utk berkongsi maklumat dan pelbagai bahan dengan pembaca semua..akhirnya penulis dapat juga mencuri masa utk mencoret sesuatu di sini...
Penulis ingin berkongsi apa yg penulis rasa pada diri berdasarkan topik pada kali ini...penulis kadang-kadang terfikir adakah aku perlu mencari seseorang yang istimewa untuk menemani diriku yang kesepian ini?ataupun aku perlu bersendirian sahaja?
Penulis telah cuba kesemuanya dan terdapat pelbagai impak sama ada positif atau negatif..dan penulis berasa adalah amat baik sekiranya penulis tidak mencari teman yg istimewa atau lebih tepat lagi penulis tidak perlu untuk menggatal..=P...bagi penulis sebagai seorang yang masih lagi dalam tanggungan keluarga, sekarang bukanlah masa yang sesuai...
Pelbagai lagi cabaran hidup yang masih belum kita tempuhi..penulis menulis coretan ini bukanlah kerana disebabkan kekecewaan dalam mencari cinta tetapi melalui kewarasan akal yg dikurniakan...bagi penulis masa sekarang hanya perlu mencari seramai kawan yang boleh dan kita sama-sama boleh bantu-membantu...itu adalah perkara yang digalakkan...
Prinsip penulis dalam mencari pasangan adalah terus menjadi calon untuk dijadikan isteri dan bukan untuk mengikut trend semasa yang penuh dengan sandiwara dalam percintaan..mungkin sesetengah pembaca tidak setuju dengan penulis..tetapi ini adalah prinsip penulis..
Penulis berasa selesa dengan keadaan hidup pada masa sekarang dan segala pengalaman yg pernah dilalui akan memperbaiki diri penulis sendiri dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup hambaNya ini..insyaAllah..^_^
Bagus laa penulis sy pon menyokong ape yg penulis rase sekarang.Ramai kawan2 yg boleh memberi kasih syg kepada anda!jgn isau and jgn bimbang pasal hal2 jodoh ini.Pasti ada jua tersurat utk anda kelak.Yang pasti doa agar mendapat yg benar2 sesuai dan diredhai ALLAH dan keluarga.
ReplyDeleteTiada gf bukan bermakne tiada kasih syg!heee
All the best to u bro!