Tidak sesiapa pun mahu kesedihan itu datang ditemani kesugulan dalam hidup.
Kehidupan ini tidak semudah seperti yang disangka adakalanya kita terjatuh kecewa, kadangkala kita bahagia seperti indahnya pelangi di langit menyinari kita.
Tahun ini,diri aku mencecah 22 tahun.
Entah berapa kali aku jatuh dan aku gagah untuk bangun semula.
Mengorak langkah penuh berhati-hati supaya tidak tergelincir semula.
Sesiapa saja mahu kejayaan dan kebahagiaan itu dikekalkan tapi kita tidak mampu untuk mengekalkannya.
Kita manusia, hari ini di bawah, esok di atas, hidup umpama roda.
Hari ini kita gembira tanpa kita sedari, esoknya kita menangis pada waktu itu baru kita sedar.
Bila difikirkan kembali betapa bodohnya manusia itu gagal kerana terperangkap dalam permainan cinta.
Tapi cinta itu tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kita jika kita sudah laluinya.
Pemikiran itu bermula dari akal, kasih sayang itu bermula dari hati selepas itu tumbuh perasaan cinta tetapi apabila hati sudah berpaling tadah, rindu menjadi benci, sayang menjadi menyampah, gurauan menjadi marah.
Betapa penting HATI dalam cinta itu.
Inilah kita yang asyik bermain dalam cinta, terlalu bergembira sehingga kita lupa yang kita ada Maha Pengasih, bila tersungkur baru merangkak mencariNya.
Kita semua tahu sejarah tidak pernah menipu kita tapi mengapa kita lupa, lalai untuk mengambil pengalaman sejarah itu sendiri.
Semuanya jika dikuasai nafsu.
Jangan biarkan nafsu itu menguasai diri.
Pengalaman hidup itu penting jangan dibiarkan ia berulang jka tidak mahu terluka parah seperti kisah silam lalu.
Inilah realiti kronologi kehidupan kita...
Candy crush
11 years ago
No comments:
Post a Comment