Sunday, June 28, 2009

Selingan 15...

Malam Pertama 18sx

Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.Pengantin perempuan berkata, “Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?”

“Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnya dan yang abang punya penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel,” terang pengantin lelaki. Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara .

Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata, “Bang, penjahatnya terlepas.”

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan ‘penjahatnya’. Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini ia rasakan. Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwa penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata, “Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup.”


^_^

Michael Jackson...



Dunia dikejutkan dengan pemergian seorg genius muzik iaitu michael jackson...beliau adalah seorg penyanyi yg penulis minati sejak kecil lagi...jikalau benar michael telah masuk Islam penulis mendoakan agar rohnya dirahmati Allah...dan jika tidak penulis hanya mengucapkan takziah...

Lagu yang penulis minati sehingga sekarang.. :-

"You Are Not Alone"

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

Thursday, June 25, 2009

Lonely...


Agak lama penulis tidak mengupdate blog ni...mmg terasa rindu penulis utk berkongsi maklumat dan pelbagai bahan dengan pembaca semua..akhirnya penulis dapat juga mencuri masa utk mencoret sesuatu di sini...

Penulis ingin berkongsi apa yg penulis rasa pada diri berdasarkan topik pada kali ini...penulis kadang-kadang terfikir adakah aku perlu mencari seseorang yang istimewa untuk menemani diriku yang kesepian ini?ataupun aku perlu bersendirian sahaja?

Penulis telah cuba kesemuanya dan terdapat pelbagai impak sama ada positif atau negatif..dan penulis berasa adalah amat baik sekiranya penulis tidak mencari teman yg istimewa atau lebih tepat lagi penulis tidak perlu untuk menggatal..=P...bagi penulis sebagai seorang yang masih lagi dalam tanggungan keluarga, sekarang bukanlah masa yang sesuai...

Pelbagai lagi cabaran hidup yang masih belum kita tempuhi..penulis menulis coretan ini bukanlah kerana disebabkan kekecewaan dalam mencari cinta tetapi melalui kewarasan akal yg dikurniakan...bagi penulis masa sekarang hanya perlu mencari seramai kawan yang boleh dan kita sama-sama boleh bantu-membantu...itu adalah perkara yang digalakkan...

Prinsip penulis dalam mencari pasangan adalah terus menjadi calon untuk dijadikan isteri dan bukan untuk mengikut trend semasa yang penuh dengan sandiwara dalam percintaan..mungkin sesetengah pembaca tidak setuju dengan penulis..tetapi ini adalah prinsip penulis..

Penulis berasa selesa dengan keadaan hidup pada masa sekarang dan segala pengalaman yg pernah dilalui akan memperbaiki diri penulis sendiri dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup hambaNya ini..insyaAllah..^_^

Wednesday, June 10, 2009

Menangis...



MENANGIS.... PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan seksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s.Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.


Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.


Janganlah menangis menonton filem hindustan itukan cuma lakonan.


Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.


Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.


Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.


Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Oleh itu??..


Simpanlah air mata.Air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah airmata itu dari persembunyiannya dibalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."


Walallahualam..^_^

Monday, June 8, 2009

Selingan 14...

Apa Yang Dicari Dulu

Tiga orang perempuan dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Setengah jam setelah di udara, pilot mengumumkan adanya gangguan dan para penumpang diminta bersiap sedia kerana pesawat akan mendarat cemas.

Perempuan pertama segera memakai semua perhiasannya, mulai dari rantai, gelang dan cincin. Dengan pandangan tak mengerti kedua perempuan yang lainnya bertanya apa maksud dari tindakannya tersebut. "Dengan memakai semua perhiasan ini semua orang akan tahu aku seorang wanita kaya. Jadi mereka akan menolongku lebih dulu," jawabnya. Perempuan kedua segera membuka blaus dan branya.

Ketika yang lain bertanya, ia menjawab, "Ketika penyelamat datang, mereka akan melihat betapa seksinya dadaku dan aku akan ditolong lebih dulu." Perempuan ketiga yang kebetulan berkulit sangat hitam melepaskan celana luar dan dalamnya. Kemudian ia berkata, "Biasanya mereka akan mencari kotak hitam lebih dulu."

:D

Coretan Kehidupan...

Tidak sesiapa pun mahu kesedihan itu datang ditemani kesugulan dalam hidup.

Kehidupan ini tidak semudah seperti yang disangka adakalanya kita terjatuh kecewa, kadangkala kita bahagia seperti indahnya pelangi di langit menyinari kita.

Tahun ini,diri aku mencecah 22 tahun.

Entah berapa kali aku jatuh dan aku gagah untuk bangun semula.

Mengorak langkah penuh berhati-hati supaya tidak tergelincir semula.

Sesiapa saja mahu kejayaan dan kebahagiaan itu dikekalkan tapi kita tidak mampu untuk mengekalkannya.

Kita manusia, hari ini di bawah, esok di atas, hidup umpama roda.

Hari ini kita gembira tanpa kita sedari, esoknya kita menangis pada waktu itu baru kita sedar.

Bila difikirkan kembali betapa bodohnya manusia itu gagal kerana terperangkap dalam permainan cinta.

Tapi cinta itu tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kita jika kita sudah laluinya.

Pemikiran itu bermula dari akal, kasih sayang itu bermula dari hati selepas itu tumbuh perasaan cinta tetapi apabila hati sudah berpaling tadah, rindu menjadi benci, sayang menjadi menyampah, gurauan menjadi marah.

Betapa penting HATI dalam cinta itu.

Inilah kita yang asyik bermain dalam cinta, terlalu bergembira sehingga kita lupa yang kita ada Maha Pengasih, bila tersungkur baru merangkak mencariNya.

Kita semua tahu sejarah tidak pernah menipu kita tapi mengapa kita lupa, lalai untuk mengambil pengalaman sejarah itu sendiri.

Semuanya jika dikuasai nafsu.

Jangan biarkan nafsu itu menguasai diri.

Pengalaman hidup itu penting jangan dibiarkan ia berulang jka tidak mahu terluka parah seperti kisah silam lalu.

Inilah realiti kronologi kehidupan kita...

Sunday, June 7, 2009

Malaysia oh Malaysia...



Baru-baru ini kita digemparkan pelbagai runtuhan yg telah berlaku di Malaysia...dan paling menggemparkan adalah runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan yg baru setahun siap dibina..adalah mengejutkan bg stadium yg nilainya ratusan juta ringgit begitu rapuh tidak setanding dengan nilai yg dilaburkan..


Penulis tidak mahu menfokuskan kpd nilai yg dilaburkan..tetapi penulis ingin tekan disini adalah sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun pihak yg berkaitan seperti JKR...sikap yg dimaksudkan adalah sikap tunggu dan lihat ataupun hanya pandai berkata tp tiada tindakan diambil...difahamkan bumbung stadium telah menunjukkan keretakan sblm tragedi ini berlaku..laporan telah dibuat kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan yg dilakukan...inilah yg dikatakan "sudah terhantuk barulah tergadah"...sikap sebegini barangkali kita boleh dapati didalam diri setiap warganegara Malaysia...pembaca nilai la sendiri dengan pelbagai kes-kes yg berlaku...apabila perkara buruk terjadi barulah tindakan akan dibuat..Malaysia mempunyai fasilliti kelas pertama tetapi pemikiran rakyatnya masih kelas ketiga..mendukacitakan bg penulis melihat keaadan sebegini..


Oleh itu penulis berharap semua pihak tidak kira la sesiapa pun asalkan mereka mengaku sbg warganegara Malaysia segera berubah untuk menjadi yg terbaik..perkara-perkara yg tidak diingini akan dpt dielakkan jika sikap dpt berubah dan ikhlas melakukan sesuatu perkara...dengan itu Malaysia mampu menjadi negara yg maju dan harmoni..sama-sama kita perbaiki diri..insyaAllah..

Thursday, June 4, 2009

Minta Pandangan Dari Pembaca..


Salam,

Di sini penulis ingin mengutarakan situasi dan penulis mengharapkan pandangan dari pembaca yg budiman..Situasi ini melibat 2 org iaitu lelaki A dan perempuan B..diringkaskan ceritanya pihak lelaki A ini telah jatuh hati kepada si perempuan B itu td..tetapi agak mendukacitakan perempuan B tersebut telah menjumpai lelaki lain yg telah bertakhta di hatinya...

Adakah lelaki A patut mengundur diri dengan rela hati setelah diberitahu oleh perempuan B bahawa die mempunyai kekasih hati yg lain?ataupun lelaki A ini sepatutnya tidak berputus asa dan terus memperjuangkan cintanya?hmm..apa pandangan saudara dan saudari?

Bg penulis..adalah lbh baik lelaki A itu mengundurkan diri kerana perempuan B itu tidak mempunyai hati terhadap lelaki A...apa gunanya jika teruskan usaha jika tiada satu harapan yg diberikan oleh perempuan B itu td...lelaki A lebih baik mengalah kerana persahabatan boleh lg terjalin...jikalau lelaki A masih menyayangi dia boleh menjaga perempuan B itu td dlm ikatan persahabatan..itu lbh baik bg pandangan penulis...segala perkara yg berlaku terdapat pelbagai hikmah disebaliknya...

Apa pula pandangan para pembaca?diharap dapat dikongsikan bersama dengan penulis yg masih cetek lagi ilmunya nk dibandingkan buih-buih di lautan..

walallahualam..^_^

Apakah Cinta Itu Wahai Tuan?..


Cinta

Ia yang ingin dilihat

Ia yang ingin dinampak

Ia yang ingin didengar

Ia yang ingin di taat

Ia yang dimaksud keredhaan

Ia yang dituntut yang Maha Esa dan ia yang segala-galanya

Jika engkau tidak dapat tenggelam dalam lautan cinta di atas (merasainya), memadailah engkau mengetahui cinta pada zat yang Esa yang Maha Mulia dan Suci kerana itu adalah lebih baik bagi dirimu.


Bukankah hidup di dunia ini penderitaan? Bagi orang yang beriman, yang dilekati hatinya kalimah Tuhan. Hidup ini biarlah dugaan datang bertimpa-timpa tiada penghujungya, namun semangatnya tidak pudar, jiwanya kuat meneruskan kehidupan, kerana baginya apalah sangat ujian dan cabaran yang mendatang, semuanya itu adalah nikmat baginya untuk terus ia bersyukur. Ia telah faham di tempat persinggahan yang sebentar itu ia tidak akan berlama-lama. Biar hati terhimpit, remuk redam, menanggung kekejaman dunia yang berlalu di hadapannya. Terkadang disapa keburukan teman, disentuh fitnah, terkadang terbakar juga jiwa kerdil dengan anasir-anasir jahat yang silih berganti datang tidak henti-henti.


Cinta... alangkah kalimah inilah yang selalu bermain di bibir ketika muda. Antara hubungan dengan manusia ia sebenarnya memberikan kekuatan dalam hidup, semangat akan mekar, jiwa akan teguh kerana cinta memberi dokongan dalam hidup, Ia sentiasa memberikan hari-hari baru. Tanpa cinta dan kasih sayang tumbuhlah pohon kebencian merosakkan setiap inci kehidupan manusia. Terbit permusuhan, sifat-sifat mazmumah, bukan senang mencari perdamaian bila hembusan syaitan sudah mula menjadi kuat meniup di dalam hati.


Teman.. memang sebenarnya manusia perlukan teman di dalam hidup, teman suka duka. Dengan kasih sayang dan cinta untuk menuju kepada Tuhan sepatutnya ia menyuburkan sifat dan akhlak mulia. Semakin bersungguh untuk melakukan kebajikan sebab ia diteguhkan dengan kata-kata nasihat. Semuanya ini hanya boleh didapati dengan cinta dan kasih sayang sesama mukmin yang tidak ingin melihat saudaranya tenggelam terus dalam ombak buas dunia. Sayangnya.. kerana cinta juga manusia tersungkur, malah ada yang tertewas di dalam jihad dakwah. Jiwannya melemah, semakin hari ia jauh dari Allah, jika dahulu zikirlah yang selalu terdetik di hati, jika dahulu dialah yang selalu mengungkap kalimah yang hak, jika dahulu dialah orang yang pertama-tamanya maju ke hadapan untuk membuat kebaikan.


Kini ia mengasingkan diri kerana cinta, kini hatinya telah disibukkan dengan sesuatu yang lebih penting katanya. Ia meninggalkan rakan-rakan yang baik, melepas diri dari kawan-kawan yang perlukan pertolongannya.


Tiba suatu hari, ia datang membawa sekujur tubuh yang lesu longlai. Air matanya bergenang, meleleh di pipi sambil mata sayu untuk datang kembali semula kepada rakan-rakan karib….ia menceritakan nasibnya yang malang. Cinta yang dahulu dikata suci, yang dahulunya mekar telah ditolak mentah, jiwanya telah terkorban kerana cinta nafsu. Ia ingin kembali semula mohon diubati hatinya.Mujur umur dan nafasnya masih ada, maka ia dipimpin dan dibantu kawan-kawan yang dahulunya telah ditinggalkan.


Di sini semangatnya kembali hadir setelah mengenal di mana keutamaan cinta. Kini semakin hebat pergantungannya kepada Allah, kerap benarlah ia menangisi di hadapan Allah akan kesilapan yang telah lalu. Menyesali jalan hidup sendiri kerana tiap detik dahulunya tidak digunakan sebaiknya. Ia benar-benar merasakan dirinya telah rugi dan kini ia ingin memperbaiki dirinya. Cintanya kini hanya satu diletakkan paling atas, hanya untuk Tuhan dan kedua kepada RasulNya. Kepada makhluk lain diubah hanya terbatas kepada kasih sayang.


Apakah cinta itu wahai tuan? Teman? Sahabat? Kawan? Rakan?kadang ia dijawab dengan senyuman dan perkataan yang lancar (faham benarlah ia apa maksud cinta), atau terkadang hanya dengan keluhan berat, terkadang dijawab dengan berpaling, lama ia berfikir dan diam sahaja menjadi jawapan. Dan mungkin juga ia terjawab dengan air jernih yang mengalir perlahan dari kolam mata menunjukkan betapa beratnya kalimah cinta yang ditanggungnya itu....


Cinta itu tuan, adalah bicara hati tulus yang tergambar pada akhlak dan kelakuan untuk sama-sama dikongsi. Cinta tidak kenal sempadan, jarak, keturunan, warna kulit, cantik atau hodohnya, kaya atau miskinnya, sempurna atau cacatnya, sipandai dengan sibodoh. Bukan ia pemilik individu, bukan pula hanya untuk dua hati.


Cinta itu membawa kemuliaan budi, cinta pada saudaranya yang seIslam. Bila cinta suci kerana Allah, walau dari jauh akan terdengar juga bisikannya. Cinta pada kebenaran, cinta pada kebaikan, cinta pada ilmu, cinta pada jihad,. Lihatlah keluasan cinta itu dan pastinya cinta yang paling hebat adalah dengan Rabbul ’Alaminn... dan diri ini juga tertanya siapa pula yang benar-benar ikhlas menyintai Allah dan RasulNya....




*jz sharing* ^_^

Wednesday, June 3, 2009

Selingan 13...

KISAH SEORANG DOKTOR MUDA..

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.

"Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.

"Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."

=P

Istimewanya Orang Bercinta Dan Dicintai..





Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu,
cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya
tanpa ada kepentingan apa-apa.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya,
sebagai ganjaran buat hambaNya itu.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya.
Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi.
Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya.
Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.

Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah,
bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya,
saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya.
Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.

Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan dan berakhlak mulia. Diantaranya Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." ( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 )

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." ( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )

Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya,
seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.
dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula.
Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.
Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.
Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu.
Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung.
Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Cintailah sesuatu itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..
Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

walallahualam..^_^

Tuesday, June 2, 2009

Cuti...

Salam,

Selepas 2 minggu penulis sibuk menghadapi peperiksaan akhirnya penulis dpt berehat dirumah...cuti yg diberikan pun cuma 2 minggu bermula pada 1-14/06/09...pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yg penulis hadapi sebelum bermulanya musim percutian...penulis anggap segala apa yg berlaku adalah dugaan dr Allah yg diberikan kepada penulis yg semakin lalai mengingati Yang Maha Pencipta...penulis berharap dpt berehat sepuas-puasnya pd cuti kali ini dan insyaAllah bermuhasabah diri utk memperbaiki kehidupan sbg seorg hamba Allah di dunia ini..inysaAllah penulis akan sentiasa mengupdate blog ini dr semasa ke semasa...selamat bercuti..^_^