Manusia-manusia...mabuk dengan keseronokan dan kehidupan yg penuh dgn kepalsuan di dunia ini...semua ini adlh bersifat sementara..jikalau semua menyedarinya tentu kita tidak terlalu lalai atau leka dgn semua kepalsuan di dunia ini..kita tidak tahu smpai bila kita akan dipanjangkan umur dan sampai bilakah jangka hayat bumi ini mampu bertahan..dengan keadaan sekarang melalui kerakusan dan ketamakan yg semakin melalaikan umat manusia kita perlu bersama-sama bermuhasabah diri..insyaAllah..Penulis sendiri mengakui sebagai seorg insan yg lemah penulis tidak lepas daripada kelalaian yg ada di dunia ini..bagaimanapun sebagai seorg muslim kita digalakkan untuk sentiasa memohon petunjuk..kekuatan dan keampunan dari Allah..Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu..
Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:
Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:
(maksudnya) "Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal"
Dan segala keseronokan dan kebendaan di dunia ini tidak akan dibawa sebagai bekalan utk menunjukkan ketaqwaan kita kpd Allah..
Firman Allah (maksudnya):
Dan segala keseronokan dan kebendaan di dunia ini tidak akan dibawa sebagai bekalan utk menunjukkan ketaqwaan kita kpd Allah..
Firman Allah (maksudnya):
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat." (surah al-Syu’ara 88-91).
Kita juga jgn la berputus asa atau kecewa dgn hidup kerana dosa-dosa yg lalu..kita perlu sentiasa memohon keampuanan dari-Nya..
Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53:
Kita juga jgn la berputus asa atau kecewa dgn hidup kerana dosa-dosa yg lalu..kita perlu sentiasa memohon keampuanan dari-Nya..
Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53:
(maksudnya), "Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Kita juga jgn la menghukum terus seseorg itu krn tidak berpeluang mendapat rahmat dari Allah kerana hukum Allah tiada siapa yg tahu..
Nabi bersabda:
Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim).
Dan ungkapan-ungkapan agama ini memberikan harapan dan bukan menimbulkan kekecewaan:-
Dan ungkapan-ungkapan agama ini memberikan harapan dan bukan menimbulkan kekecewaan:-
Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
p/s: so rakan-rakan..lu pikir la sendri..jz sharing wit u guys..^_^
No comments:
Post a Comment