Saturday, January 31, 2009

Pegi JB..

Buat pengetahuan semua kejap lg penulis akan bertolak ke JB...ade majlis pertunangan saudara di sana...penulis pegi smpai esk je..so arini penulis dpt update yg ni jela..i'll be back..penulis harap pembaca sekalian setia menunggu post2 penulis yg seterusnya..hv a nice day n take care..^_^

Friday, January 30, 2009

Selingan 7...

Malas tahap gaban..

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Katanya : kalo nak mkn saya malas nak masak

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

Friend is a gift..

Teman Adalah Hadiah

Teman adalah hadiah terindah kurniaan Tuhan buat kita...Seperti hadiah, ada yang bungkusannya cantik dan ada yang bungkusannya tidak cantik...yang bungkusannya cantik punya wajah rupawan, atau keperibadian yang menarik...yang bungkusannya tidak cantik punya wajah biasa saja, atau keperibadian yang biasa saja, atau mungkin buruk...

seperti hadiah, ada yang isinya bagus dan ada yang isinya jelek...yang isinya bagus punya jiwa yang begitu indah sehingga kita terpukau ketika berkongsi rasa dengannya, ketika kita tahan menghabiskan waktu berjam-jam, saling bercerita dan menghibur, menangis bersama, dan tertawa bersama...kita mencintai dia dan dia mencintai kita...yang isinya buruk punya jiwa yang terluka...begitu dalam luka-lukanya sehingga jiwanya tidak mampu lagi mencintai, justeru kerana ia tidak merasakan cinta dalam hidupnya...sayangnya yang kita dapat darinya seringkali sikap penolakan, dendam, kebencian, iri hati, kesombongan, amarah, dll...

kita tidak suka dengan jiwa-jiwa semacam ini dan mencuba menghindar dari mereka...kita tidak tahu bahawa itu semua bukanlah kerana mereka pada dasarnya buruk, tetapi ketidakmampuan jiwanya memberikan cinta kerana dia sebenarnya inginkan cinta kita, simpati kita, kesabaran dan keberanian kita untuk mendengarkan luka-luka dalam yang memasung jiwanya...

bagaimana boleh kita mengharapkan seseorang yang terluka lututnya berlari bersama kita? Bagaimana boleh kita mengajak seseorang yang takut air berenang bersama? Luka di lututnya dan ketakutan terhadap airlah yang mesti disembuhkan, bukan mencaci mereka kerana mereka tidak mahu berlari atau berenang bersama kita...mereka tidak akan memberitahu bahawa "lutut" mereka luka atau mereka "takut air", mereka akan beritahu bahawa mereka tidak suka berlari atau mereka akan nyatakan berenang itu membosankan dll...itulah cara mereka mempertahankan diri.

Mereka akan kata:
"Menari itu tidak menarik"
"Tidak ada yang sesuai denganku"
"Teman-temanku sudah lulus semua"
"Aku ini buruk siapa yang bakal tahan denganku"
"Kisah hidupku membosankan"

Mereka tidak akan kata:
"Aku tidak boleh menari"
"Aku mendambakanmu "
"Aku kesepian"
"Aku ingin diterima"
"Aku ingin diberi perhatian"

Mereka semua hadiah buat kita, tak kira bungkusnya cantik atau buruk, entah isinya bagus atau jelek...dan jangan tertipu oleh luaran...hanya ketika kita bertemu jiwa dengan jiwa, kita tahu hadiah sesungguhnya yang sudah disiapkanNya buat kita.

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan percintaan akan berakhir
tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal.
Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..semoga kita sama2 diberkati ALLAH..^_^

~ FRIEND is one who walk in when others walk out~

ANTARA SABAR DAN MENGELUH...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah...

Kem..

Penulis bru saja blk dr kem yg diadakan di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar,Perak...program tu dijalankan dr 24-28 yg lalu...mcm2 la aktiviti yg ade..berakit...night walk..kembara desa..mmg penulis terasa pnat tahap gaban la..disebabkan itu penulis tidak sempat mengupdate ape2 lg kt blog ni...nway penulis sudah kembali..so jz tggu la spt biase post2 yg akan dtg dr penulis..sekian..^_^

Friday, January 23, 2009

Life...

Bgn2 pg je trus nk post blog..gle xde life..huhuhu..xdela..tetbe je pg2 ni nk post blog...bkn nk post ape pun..jz rase selepas ni semua bende akan berubah bg diri penulis...tetbe len mcm la feel pg2 ni...haizz...smthg yg tidak dpt diungkapkan menerusi penulisan dan kata2...hanya hati yg mampu memahaminya...cm jiwang la plak ayt..hahaha..xkisah la...yg penting penulis masih lg boleh truskn kehidupan selagi ada nikmat yg diberikan oleh Allah...have a nice day peeps..^_^

Thursday, January 22, 2009

Boys Before Flowers...


Penulis skang tgh melayan drama korea ni...cter die lyn abis..psl romantic comedy..cter ni bru gak la..skang bru smpai ep 6 dr 24 ep...cter die sweet gle la...huhuhu..awek2 die pun comey2...hehehe...kalo xslh penulis die akan tyg kt KBS WORLD on 16/2 nnti...so penulis rekemen tgk2 la cter ni...lyn woo..^_^

Alternative Title: 꽃보다 남자 / Meteor Garden / Hana Yori Dango
Genre: Comedy, Romance
Film Date: December, 2008
Total Episodes: 24

Synopsis:
Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys when she delivers laundry to the school one day. The boys are known as F4 and cause trouble to those who speak out against them.

Cast:
Koo Hye Sun as Geum Jan Di

F4:
Lee Min Ho as Goo Joon Pyo
Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo
Kim Bum as So Yi Jung
Kim Joon as Song Woo Bin

enjoy watching..^_^

Wednesday, January 21, 2009

Dilema...

Soal jodoh sememangnya Allah yang tentukan tetapi sebagai manusia kadang-kadang persoalan ini menjadi keliru antara kemahuan hati dan kewarasan fikiran...bila kita dah berkenan dengan seseorang ada sahaja halangannya tapi bila ada yang cuba mendekati kita pulak tak berkenan...bukan soal memilih tapi entahlah kadang-kadang tak tahu nak cakap apa...kita pun pun arif tentang sifat2 yang harus kita tekankan dalam memilih calon suami atau isteri dari segi agama, rupa, harta, keturunan dan sebagainya...tetapi akibat kesukaran utk membuat pilihan sampai ada kecewa...mungkin kita perlu bertanya kepada hati kita siapa yg paling sesuai dan boleh membahagiakan diri kita...kita juga boleh meminta pertolongan dr Allah seperti menunaikan solat istikharah semoga diberikan petunjuk...perasaan cinta itu mmg ada dalam diri setiap insan tapi mungkin jodoh belum kesampaian...bersabarlah...pasrah dalam redha...

................
carilah cinta yang SEJATI
yang ada hanyalah padaNya
carilah cinta yg HAKIKI
yg ada hanyalah padaNya
moga dgn mencintai Tuhanmu
ku bisa dipertemukan dgn insan yg juga mencinta-Nya
.............................

Selingan 6...

Pendapat..

kalau lelaki handsome pendiam... Perempuan akan cakap: wow, cool gilaa... kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat... kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome ajak chatting,cepat2 dibalas..kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa ja layan..MCM TU KA?SIAN LAKI XHANDSOME KAN.....APALAH NASIB LAKI X HANDSOME.....

P/s: Penulis berpendapat bkn sume perempuan berfikiran begini..^_^

Tuesday, January 20, 2009

Cara Menjaga Tali Persaudaraan...

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh.

Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani). Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:
Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA)
Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu.(HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)
Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)
Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).

Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.

jz sharing..^_^

Tagging..

1)What are 5 most important things in your life?
-trust
-honesty
-loyalty
-patience
-jz chill n hepi wit my life

2) What is the last thing that you bought with your own money?
-air mineral

3) Where do you wish to get married?
-dewan sudeh..

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
-dunno la kte hanya merancang..tuhan yg menentukan..^_^

5) Are you in love?
-ouh!!..maybe..^_^

6) Where was the last restaurant you had dinner?
-carl's junior..

7) Name the latest accessory that you bought?
-socks..

8) What is your full name?
-satonaka halu..LOL

9) Do you prefer your mother or father?
-sure both maa..

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time
-my future wife..=P

11) Christina or Bill Gate & Why?
-sure bill so i can pow him money..hahaha

12) Do you do your own laundry?
-sometimes..

13) The most exciting place you want to go?
-japan

14) Hugs or kisses?
-i like both..^_^

15) 3things I am passionate about?
-about my future
-about ice hockey
-about rugby

16) 3 things I say too often:
-pun bole
-sudeh
-c****

17) 3 songs/types of songs I could listen to over and over again:
-bila cinta didusta-screen
-selfish-n'sync
-hero-enrique iglesias

Selingan 5..

Isteri yg kerek..

Pada suatu hari, hendak terjadi hal, si suami terlupa akan birthday isterinya. Si isteri terkilan dan esoknya isteri x gosok baju suaminya, x sediakan bfast & x salam suami dier. Suaminyer plak rasa terkilan

Kirenyer diorg gado sampai lebih seminggu dah, & si suami tu pon amek pendekatan bengong, die x cakap ngan isterinyer dah tp berkomunikasi secara note je. Die tulis atas kertas, die bg suami die bace.

N satu mlm, suami tu tulis note kat isteri dier, 'YANG, TLG KEJUT ABG KUL 6.30 PG YER, ADE MESYUARAT PENTING SOK'. Isteri die menganguk..

Kringg!!! Kringg!! Kring!! Bunyi alarm bunyi. suami tu pon bangun, die tgk jam, dah kul 9.00 pg. Dgn tensennyer die alih ke sebelah, isteri die xde, tapi ada kertas atas katil, die amek lalu bace.. 'BANG, BANGUNLA BANG, DAH 6.30 PG NI, NANTI LEWAT. BANG, BANGUNLA..'

Suami pon bermonolog dalaman pada dirinya 'hampeh...'

Monday, January 19, 2009

Wireless-Power Device...


The CES show in Las Vegas has seen a working version of a technology that can charge devices without a physical wired connection.

Powermat has unveiled a wireless charger that is slightly larger than a mouse mat with room for up to three devices. The grey powermat uses electromagnetic induction to transfer electricity to the device—using the same technology that is used to charge electric toothbrushes—and the company claims the process allows devices to be charged at the speed they would if plugged into a regular charger.

While the Powermat sounds refreshingly simple, there are some notable caveats. Gadgets that need charging have to be placed in a special case which contains a chip telling the device how much power to draw, and when the process is complete. The company currently has cases for most mobile phone brands, including the iPhone and BlackBerry, and expects to announce more this week.
There are also plugs allowing products such as laptops and handheld games consoles to be charged via the Powermat.

The company plans to offer five different mats for home and travel, with prices starting at $100. The mobile phone sleeves cost around $30, and the package is expected to go on sales in September. Europe may see the device slightly earlier, though nothing is confirmed.
The principle of electromagnetic induction was independently discovered by Michael Faraday and Joseph Henry in the 1830s, when they found that current flowing through one wire induces a current in a neighbouring wire.

To work, it requires that the two wires—in this case the charger and the device’s charging circuit—are placed close together. Any further apart and the power has to be cranked up to levels that can generate dangerous amounts of radiation.

Marin Soljačić, an assistant professor in MIT's Department of Physics and Research Laboratory of Electronics, is attempting to solve that problem by employing a non-radiative electromagnetic field rather than electromagnetic waves, a system he calls WiTricity. In 2007 his team announced that they were able to charge a laptop over room-sized distances.

“As long as the laptop is in a room equipped with a source of such wireless power, it would charge automatically, without having to be plugged in,” said professor Peter Fisher, one member of the team. “In fact, it would not even need a battery to operate inside of such a room.”


Who: Marin Soljacic, MIT

Definition: Wireless power technology transmits electricity to devices without the use of cables.

Impact: Any low-power device, such as a cell phone, iPod, or laptop, could recharge automatically simply by coming within range of a wireless power source, eliminating the need for multiple cables—and perhaps, eventually, for batteries.

Context: Eliminating the power cord would make today’s ubiquitous portable electronics truly wireless. A number of researchers and startups are making headway in this growing field.



interesting~..^_^




Selingan 4...

Budak Bijak Lagi Suci..

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : 'Apa sebenarnya masalah awak, Abu?'

Lalu Abu menjawab, 'Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!'.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, 'Saya rasa murid ini sepatutnya berada didarjah 6', Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, 'Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?'. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendakmenahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelasNescafe 3 in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata 'Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya,jawapan yang saya fikirkan semuanya salah'.


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hahaha..

Sunday, January 18, 2009

Selingan 3...

Malam-Malam Pengantin

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a Ramli.

Dimatikanya lampu dan dia pun berbaring di katil. Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"
"Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yg sangat ditunggu2 Ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah..nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan...
Ramli mencuba lagi.
"Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"
Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut,"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"


Moral cerita :Pada kaum lelaki - Kalau dah naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..=P

Membersihkan Hati Yang Kotor...

Cmne nk bersihkan hati yg kotor ek?hmm..disini penulis berpendapat pertama-tamanya kita kena tanamkan rasa TAKUT di dalam hati kita. Rasa TAKUT pada Allah...takut yang bagaimana?...takut seperti mana kalau seorang lelaki tu dia nak approach seorang perempuan dan begitu juga sebaliknya...dalam hati dia mesti ada perasaan takut...takut kena reject....takut cintanya tidak di terima...takut nanti frust menonggeng....begitulah kita dengan Allah...kena wujud perasaan takut....takut Allah tidak akan menerima kita...apabila seseorang itu takut orang yang dicintai di sayanginya itu akan menolak cintanya maka apa dia buat?...dia akan meninggalkan perangai buruk dia...dia akan buang tabiat tabiat buruk dia dan menunjukkan semua sikap sikap yang baik yang positif...kita akan melakukan apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka supaya orang yang di kasihi di cintai di sayangi itu tadi akan menyukai, menerima dirinya...samalah kita apabila takut maka kita akan membuang jauh unsur unsur yang kotor dalam jiwa kita...ita akan menjalankan apa yang di perintah dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah...insyaAllah maka akan bersihlah jiwa yang kotor itu sedikit demi sedikit...

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dlm tubuh manusia ada seketul daging,jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh manusia dan jika jahat maka jahatlah seluruh tubuh manusia..maka ketahuilah ia iaitu qalbun.."

7 Perkara Yang Menghairankan...

1) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4) Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5) Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7) Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.

Saturday, January 17, 2009

Riadah...

huh!!..terasa penat sgt sbb penulis bru je blk dr training ice hoki...penat-penat pun penulis puas kerana dpt gak keluarkan peluh setelah memerap dirumah je...penulis bergiat dlm aktiviti ni lbh kurang 2thn..selain ice hoki penulis juga bermain rugby...aktiviti sukan ini merupakan satu hobi penulis..org kate bile badan sihat kita melalui kehidupan ini pun penuh dengan keceriaan...huh!!..memang terasa la sengal2 kat bdn penulis skang ni..okla..harap rakan-rakan pun dapat meluangkan masa utk beriadah..nk tido dlu..bye2..^_^



aksi di ice rink

penulis pakai helmet biru..sedia utk beraksi...hee~





Friday, January 16, 2009

Selingan 2...

Curang


Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"


Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam inikerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telahmencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik...!!"

Ayat-ayat cinta..

Ayat-ayat cinta ni bkn mcm dlm movie indon tu eh..ayat cinta ni wujud dlm realiti kehidupan kita..pabila dilafazkan ia umpama manis madu dan bila didengari ungkapan manis itu terasa mabuk dibuai asmara...ini dinamakan ayat cinta yg penuh dengan kesyahduan dan keasyikan yg mampu menggugat mana2 manusia di bumi ini...tetapi adakah ayat-ayat cinta ini mampu memberikan pengakhiran yg baik ataupun sebaliknya?kadangkala ayat cinta ini penuh dengan penistaan dan kedustaan yg meragut hati dan perasaan si pasangan..ada juga yg melafazkan ayat-ayat ini penuh keikhlasan dan ketulusan hati yg sentiasa diharapkan oleh semua pasangan...tetapi adakah kita tahu yg mana satu yg betul-betul kita harapkan?...mungkin sukar juga persoalan yg diutarakan..pembaca mungkin boleh memberi pandangan...perkara ini terbuka kepada semua gender tidak kira laki or perempuan...lelaki selalunya menguasai perkara sebegini...tetapi jgn terkejut kerana terdapat juga perempuan yg semakin pandai bermain dengan kata-kata...bagi penulis selagi niat dan hati kita ikhlas dan baik mungkin org dapat mempercayai dan tidak mampu menafikan keihklasan ungkapan yg kita ucapkan...

wassalam..^_^

Selingan 1..

Kisah Seorang Suami


Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami hentakan dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.
Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; ” Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”
Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah ” Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”
Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang …. ayang masih di sisi abang.
“Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.
Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakan si isteri bertambah kuat…
Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!!


LOL..=P

Thursday, January 15, 2009

Cinta...


Kali ni penulis ingin membawa pembaca melayari bahtera cinta..penulis ingin membuka konteks cinta ini dgn lbh meluas..kita selama ini banyak diselebungi dgn cinta sesama manusia yg merupakan lumrah kehidupan..cinta sesama manusia ini menyebabkan kebanyakan dari kita yang mabuk dengan keindahan cinta itu sendiri..kadang-kadang kita lupa cinta utama kita sepatutnya kepada Allah Yang Maha Menyayangi..penulis akan cuba fokus kepada konteks yang sikit mendalam mengenai cinta kepada Allah..tentunya kita tertanya-tanya bagaimana mahu memupuk perasaan cinta kepada Pencipta kita...selama ini semua ibadat yang kita lakukan lebih kepada takut kepada balasan dan azab Allah Taala..bagaimana akan datang cinta jika kita takut kepada Allah Taala. Bukankah kita dituntut melakukan ibadat ikhlas dan hanya semata-mata kerana Allah Taala...utk menyintai seseorang sudah pasti kita perlu kenali orang itu dahulu, bila kita dah kenal maka timbullah rasa cinta kita pada seseorang...begitu juga dengan ALLAH, utk timbulkan rasa cinta kita padaNYA sudah pasti kita mesti mengenalNYA.. kenalNYA di sini bukan kenal dari segi sifatNYA.....Rasulullah bersabda "Siapa yang kenal dirinya maka dia kenal TUHANnya". maka utk kenal ALLAH pula kenalah kenal diri kita. Bila kita kenal diri kita yang lemah maka kita kenal ALLAH yang Esa, bila kita kenal diri kita yang hina maka kita kenal ALLAH yang Maha Mulia...begitulah seterusnya....Namun, kita yang tidak faham hakikat cinta, pura-pura mencintai...lebih teruk lagi kita pura-pura cinta selain dari Allah dan melupakan Allah...cinta kita tiada nilai...cinta kita kosong dari cinta...kita kata cinta itu buta... apa yang buta? Kita sendiri buta...cinta buta kerana kita buta dalam memahami makna cinta kerana hala tuju cinta kita bukan kepada Allah...kita tidak mampu cinta lebih dari Allah mencintai kita...kita kalau cinta sesama manusia sekalipun, kalau kekasih “buat hal”, banyak kali pulak tu, mana tahan...last-last minta putus cinta...tapi Allah tidak begitu....berapa ramai manusia yang tidak balas cinta Allah...tetapi Allah sentiasa mengasihi dan menyayangi hambanya dengan melimpahkan rezeki dan nikmat..


Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Ali-Imran: 31)


so tidak salah sebenarnya utk kita mempunyai perasaan cinta...cuma kita perlu tahu cinta kepada siapa yang perlu diutamakan...dan sentiasa memohon kepada Allah supaya memberi petunjuk utk menjadi seorg hamba yg bertaqwa...cinta-cinta jugak tp jgn lupa Allah ye rakan-rakan...wassalam..

Wednesday, January 14, 2009

Sebaya..muda..tua...

haa..tentu pembaca tertanya-tanya dengan topik penulis pd kali ini...kali ni penulis ingin berkongsi mengenai topik di atas..so disebabkan penulis seorg lelaki, penulis nk kaitkan topik ini mengenai calon isteri..so ia berkait rapat mengenai umur la senang cter..cube pembaca lihat keadaan semasa sekarang..ape yg dpt saudara dan saudari lihat?ape yg penulis dpt lihat ialah suasana kebanyakan lelaki mempunyai pasangan yg lebih tua..ini diakui oleh penulis yg dikelilingi dgn sindrom sebegini..penulis sekali-sekala mengalami perasaan penuh kekeliruan disebabkan sindrom ini..kerana penulis sendiri pernah mengalaminya kerana penulis terminat dekat seseorg yg lebih tua dr penulis..bukan penulis hendak mendiskriminasikan soal umur tetapi disebabkan guru bio yg pernah mengajar di zaman persekolahan dulu menyarankan supaya pelajar-pelajarnya memilih calon isteri paling ideal 5 tahun lebih muda..dan saranan itu masih terngiang2 di telinga penulis pabila ingin memilih calon..kadang-kadang penulis berasa takut utk jatuh hati kepada calon yg lebih tua dari penulis..tetapi apabila diukur dari sudut keikhlasan dan ketulusan hati, umur tidak dapat membataskan perhubungan..bagi penulis umur hanyalah sekadar nombor dan ia sentiasa meningkat mengikut tahun dan ia tidak melambangkn keperibadian seseorg itu utk disayangi..bg penulis memilih calon ialah dgn melihat keperibadian dan ketulusan hati utk menerima penulis..tidak kira la lebih muda,sebaya atau lebih tua yg penting mempunyai budi pekerti yg mulia,saling menyayangi diri kita dan paling penting ingat kepada tuhan..so diharapkan pembaca pun dapat berkongsi sama dengan penulis..wassalam..



Kelalaian manusia...

Manusia-manusia...mabuk dengan keseronokan dan kehidupan yg penuh dgn kepalsuan di dunia ini...semua ini adlh bersifat sementara..jikalau semua menyedarinya tentu kita tidak terlalu lalai atau leka dgn semua kepalsuan di dunia ini..kita tidak tahu smpai bila kita akan dipanjangkan umur dan sampai bilakah jangka hayat bumi ini mampu bertahan..dengan keadaan sekarang melalui kerakusan dan ketamakan yg semakin melalaikan umat manusia kita perlu bersama-sama bermuhasabah diri..insyaAllah..Penulis sendiri mengakui sebagai seorg insan yg lemah penulis tidak lepas daripada kelalaian yg ada di dunia ini..bagaimanapun sebagai seorg muslim kita digalakkan untuk sentiasa memohon petunjuk..kekuatan dan keampunan dari Allah..Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu..


Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:
(maksudnya) "Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal"


Dan segala keseronokan dan kebendaan di dunia ini tidak akan dibawa sebagai bekalan utk menunjukkan ketaqwaan kita kpd Allah..

Firman Allah (maksudnya):
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat." (surah al-Syu’ara 88-91).


Kita juga jgn la berputus asa atau kecewa dgn hidup kerana dosa-dosa yg lalu..kita perlu sentiasa memohon keampuanan dari-Nya..

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53:
(maksudnya), "Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Kita juga jgn la menghukum terus seseorg itu krn tidak berpeluang mendapat rahmat dari Allah kerana hukum Allah tiada siapa yg tahu..

Nabi bersabda:
Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim).


Dan ungkapan-ungkapan agama ini memberikan harapan dan bukan menimbulkan kekecewaan:-


Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


p/s: so rakan-rakan..lu pikir la sendri..jz sharing wit u guys..^_^

Palestin Oh Palestin.......

Seperti mana yg diketahui saudara kita di Palestin mengalami penindasan dan penyeksaan yang teruk dari zionis.Hari demi hari nyawa orang tidak berdosa dikorbankan.Inikah yg dinamakan manusia yg mempunyai hati dan perasaan?Mengapakah perkara ini boleh berlaku?Mungkinkah kita masih hidup dizaman purba dimana org yg mempunyai kekuatan akan berkuasa?Namun bg umat Islam yg berpegang pd Al-Quran akan tetap berpegang dgn ayat Allah SWT yg bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalahengkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu (Surah al-Baqarah:120)


Sebagai umat Islam kita diwajibkan membantu saudara seIslam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.

Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).

Semoga Allah merahmati bumi Palestin...Amin..