Salam kepada semua pembaca,
Penulis tiba-tiba ingin berkongsi dengan pembaca dengan apa yg penulis ketahui dan dapat...topik yang ingin dibincangkan penulis pada kali ini ialah adakah kita hidup di dunia ini untuk merasai penderitaan di akhirat kelak??
Penulis membangkitkan topik sebegini kerana kita boleh lihat dengan kehidupan umat Islam terutamanya di negara kita sendiri yg semakin lalai dengan ajaran Islam dan dibuai dengan kemewahan yg ditawarkan oleh dunia yg sementara ini...kita sendiri boleh lihat terutamanya golongan remaja muslim yg penulis boleh sifatkan agak rosak dengan sikap dan perbuatan mereka seolah-olah tiada agama yg dipegang oleh mereka ini..
Adakah mereka ini hanya memikirkan keseronokan hidup di dunia yg hanya sementara ini dan langsung tidak difikirkan hari akhirat yg kekal abadi?adakah mereka fikir biarla kita seronok-seronok dulu...hari akhirat nnti lain cternya...nauzubillah jika mereka berfikir sebegini..semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka...
Penulis menulis topik ini hanya untuk saling ingat-mengingati dan untuk kita fikirkan bersama apakah tujuan dan tanggungjawab kita di dunia ini supaya tidak terus lalai dan alpa dengan keseronokan yg dihidangkan..Penulis pun bukan manusia yg sempurna...oleh itu tidak salah jika kita saling tegur-menegur untuk kebaikan bersama..InsyaAllah...
Candy crush
11 years ago
http://adamizhar.blogstarz.my
ReplyDeletebagus tulisan ni..