Didalam diri setiap orang perasaan ego ini mesti ada...ego ini kadang-kadang memainkan peranan juga dalam kehidupan seharian...mungkin kita akan dibenci atau disayangi disebabkan ego kita itu sendiri...ada egonya begitu kuat yang sukar untuk dilembutkan dan ada pula yang begitu lemah sehingga kadang-kadang macam orang tiada pendirian...yang terbaiknya adalah sekiranya kita dapat mengimbangi keegoan itu dengan memikirkan untuk kebaikan diri dan orang sekeliling...tetapi semua itu terletak di atas kehendak diri masing-masing..
Bagi penulis adalah tidak wajar sekiranya kita mempertahankan ego diri kita ini sekiranya sesuatu perkara yang kita lakukan sebenarnya adalah salah dan orang lain menegur dan memperbetulkan perbuatan kita itu...adakah kita akan berasa malu sekiranya mengaku sahaja kesalahan yang dilakukan?mungkinkah kita akan hilang kredebiliti apabila mengaku kesalahan itu?perkara-perkara sebegini mungkin sering bermain difikiran kita apabila kita sedaya upaya mempertahankan keegoan diri..kita sepatutnya berfikir apabila perkara ini berlaku ia akan menambahkan kepercayaan diri mereka terhadap kita..kita juga dapat belajar dari kesalahan dan kehidupan diri akan sentiasa dapat diperbaiki...
Keegoan diri ini juga sebenarnya jika disalahgunakan dapat memecahbelahkan sesebuah organisasi atau sebuah persahabatan untuk skop yang lebih kecil kerana masing-masing mahu mempertahankan ego diri...alangkah eloknya jika kita saling bertolak ansur dan tidak menerapkan unsur siapa menang atau kalah..kehidupan pasti lebih harmoni..tidak salah jika kita mempunyai ego kerana ego itu jugalah yang menunjukkan siapa diri kita..cuma penulis ingin tekankan supaya kita dapat mempergunakan keegoan diri yang ada dalam diri setiap dari kita dengan waras dan bukan dengan emosi yang mempengaruhi jiwa...
waallahualam..^_^
Candy crush
11 years ago
No comments:
Post a Comment