Tuesday, July 28, 2009

Matang..



Apakah yg dimaksudkan dengan matang?dari sudut pandangan penulis apabila seseorg itu telah mumaiyiz iaitu dpt membezakan mana yg baik dan mana yg buruk...

Jika kita memerhatikan dengan keadaan persekitaran yg penuh dengan pelbagai masalah yg berlaku adakah pembaca setuju dengan pandangan penulis di atas?semestinya tidak bukan?...dengan keadaan dunia sekarang yg hampir kepada penghujung hayatnya, kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yg mendatang...oleh itu skop matang ini begitu luas untuk ditafsirkan..

Mungkin pembaca mempersoalkan apa yg ingin dihuraikan oleh penulis disini...bg penulis apabila seseorg itu dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan warasnya dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan sempurna supaya memperoleh kesenangan dan kemewahn di akhirat kelak...penulisan penulis mungkin nampak sebagai bersifat islamik...tetapi penulis tidaklah terlalu mengharap kita semua akan menjadi sempurna...tidak salah jika kita sekadar niat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana sudah tentu perjalanan hidup kita akan bertambah sempurna...

Penulis pun hanyalah manusia biasa yg penuh dengan dosa-dosa...penulis berharap sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat minimumkan perkara mungkar kita dan memperbanyakan amal ma'aruf...apabila kita semakin dewasa sifat matang ini akan berkembang dan kita berharap dapat memperoleh hidayah dari Allah supaya berada dilandasan yg betul..sekurang-kurangnya apabila kita ingin melakukan kemungkaran kita dapat berfikir bahawa Allah sentiasa ada untuk melihat perbuatan kita dan insyaAllah kita akan terpelihara...

wallahualam..

*Penulis hanyalah insan yg lemah dan sentiasa melakukan dosa...semoga Allah dpt memberikan hidayah kepada kita bersama..insyaAllah*

^_^

Saturday, July 25, 2009

Hidup di Dunia Untuk Menderita di Akhirat???

Salam kepada semua pembaca,

Penulis tiba-tiba ingin berkongsi dengan pembaca dengan apa yg penulis ketahui dan dapat...topik yang ingin dibincangkan penulis pada kali ini ialah adakah kita hidup di dunia ini untuk merasai penderitaan di akhirat kelak??

Penulis membangkitkan topik sebegini kerana kita boleh lihat dengan kehidupan umat Islam terutamanya di negara kita sendiri yg semakin lalai dengan ajaran Islam dan dibuai dengan kemewahan yg ditawarkan oleh dunia yg sementara ini...kita sendiri boleh lihat terutamanya golongan remaja muslim yg penulis boleh sifatkan agak rosak dengan sikap dan perbuatan mereka seolah-olah tiada agama yg dipegang oleh mereka ini..

Adakah mereka ini hanya memikirkan keseronokan hidup di dunia yg hanya sementara ini dan langsung tidak difikirkan hari akhirat yg kekal abadi?adakah mereka fikir biarla kita seronok-seronok dulu...hari akhirat nnti lain cternya...nauzubillah jika mereka berfikir sebegini..semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka...

Penulis menulis topik ini hanya untuk saling ingat-mengingati dan untuk kita fikirkan bersama apakah tujuan dan tanggungjawab kita di dunia ini supaya tidak terus lalai dan alpa dengan keseronokan yg dihidangkan..Penulis pun bukan manusia yg sempurna...oleh itu tidak salah jika kita saling tegur-menegur untuk kebaikan bersama..InsyaAllah...

Tuesday, July 7, 2009

Selingan 16...

Khasiat telur separuh masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.


sesame la kita fikir-fikirkan.. LOL~..^_^

Airmata Wanita...

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata..

Monday, July 6, 2009

Ego..

Didalam diri setiap orang perasaan ego ini mesti ada...ego ini kadang-kadang memainkan peranan juga dalam kehidupan seharian...mungkin kita akan dibenci atau disayangi disebabkan ego kita itu sendiri...ada egonya begitu kuat yang sukar untuk dilembutkan dan ada pula yang begitu lemah sehingga kadang-kadang macam orang tiada pendirian...yang terbaiknya adalah sekiranya kita dapat mengimbangi keegoan itu dengan memikirkan untuk kebaikan diri dan orang sekeliling...tetapi semua itu terletak di atas kehendak diri masing-masing..

Bagi penulis adalah tidak wajar sekiranya kita mempertahankan ego diri kita ini sekiranya sesuatu perkara yang kita lakukan sebenarnya adalah salah dan orang lain menegur dan memperbetulkan perbuatan kita itu...adakah kita akan berasa malu sekiranya mengaku sahaja kesalahan yang dilakukan?mungkinkah kita akan hilang kredebiliti apabila mengaku kesalahan itu?perkara-perkara sebegini mungkin sering bermain difikiran kita apabila kita sedaya upaya mempertahankan keegoan diri..kita sepatutnya berfikir apabila perkara ini berlaku ia akan menambahkan kepercayaan diri mereka terhadap kita..kita juga dapat belajar dari kesalahan dan kehidupan diri akan sentiasa dapat diperbaiki...

Keegoan diri ini juga sebenarnya jika disalahgunakan dapat memecahbelahkan sesebuah organisasi atau sebuah persahabatan untuk skop yang lebih kecil kerana masing-masing mahu mempertahankan ego diri...alangkah eloknya jika kita saling bertolak ansur dan tidak menerapkan unsur siapa menang atau kalah..kehidupan pasti lebih harmoni..tidak salah jika kita mempunyai ego kerana ego itu jugalah yang menunjukkan siapa diri kita..cuma penulis ingin tekankan supaya kita dapat mempergunakan keegoan diri yang ada dalam diri setiap dari kita dengan waras dan bukan dengan emosi yang mempengaruhi jiwa...

waallahualam..^_^

Wednesday, July 1, 2009

Cinta itu buta..



Cinta..org ckp cinta itu bermula dr mata kemudian turun ke hati...ada juga org yg ckp cinta itu dtg dr pandangan pertama...dan ada juga yg ckp tidak kenal maka tidak cinta..mana satukah realiti hidup dalam percintaan ini...mungkin segala persoalan ini sering bermain didalam fikiran kita...

Bagi penulis semua ini mempunyai makna yg tersurat dan tersirat...mungkin dikalangan kita yang sebahagian besarnya mempunyai pengalaman yg sebegini... dan penulis pasti dan yakin mereka ini mempunyai saat-saat yang indah dan manis dalam alam percintaan yg penuh dengan kemanisan madu yg tidak fikirkan kebanyakan oleh kita apabila habisnya madu itu sepah dibuang..

Ini adalah realitinya...mungkin kita tidak nampak dimana kepahitan didalam alam percintaan ini kerana cinta itu buta...penulis agak faham dengan mereka-mereka ini kerana kononnya hati masing-masing telah terpaut jalinan kasih dan sayang...kadang-kadang mereka ini hanya nmpk apa yg manis saja dlm percintaan walhal perkara yg pahit melebihi kemanisan itu..itu la org kata cinta itu buta...

Penulis tidak halang jika kita mahu bercinta...tp kita mesti tahu batas-batas dan syaratnya...bg penulis kita mesti mengikut iman kita dan kemudian berfikir melalui akal sebelum melakukan sebarang tindakan atau perbuatan..penulis tidak gusar jikalau kita telah berfikir secara matang dlm melayari alam percintaan..penulis akan berasa kecewa jikalau kita bertindak hanya mengikut nafsu dan perasaan tanpa menggunakan akal yg dikurniakan untuk mengharungi liku-liku percintaan..penulis tidak mahu apabila cinta didusta hidup jadi merana berlaku kerana itu menunjukkan kedangkalan kita melakukan sesuatu tindakan..Allah sentiasa ada untuk membantu..

*juz sharing* ^_^