Penghasilan Tenaga Nuklear
Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear...bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron...neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru...dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil...tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR...proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku...proses ini ialah 'TINDAKBALAS BERANTAI'...tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air...stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik...
Di Malaysia Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi dipertanggungjawab sebagai pusat penyelidikan dan membangunkan tenaga nuklear..
Kos Efektif
Modal permulaan untuk membangunkan loji tenaga hidro dengan loji tenaga nuklear adalah sama, tetapi dalam jangka masa panjang kos operasi loji tenaga nuklear adalah lebih murah kerana ia boleh menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus, selain kos penyenggaraannya yang juga rendah.
Mengapa Beralih Kepada Tenaga Nuklear
Teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh diteroka bagi mengelakkan negara terlalu bergantungan kepada minyak dan gas...adalah tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi menghasilkan produk-produk nilai ditambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara...walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro, tetapi tenaga nuklear dilihat sebagai alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam..sekiranya kita menggunakan tenaga nuklear pada masa depan, kita boleh juga menghasilkan tenaga hidrogen untuk kegunaan sektor pengangkutan..
Lokasi
Tapak loji tenaga nuklear perlu berdekatan dengan sumber air khasnya air laut bagi proses sistem penyejukan..
Kesan Kepada Alam Sekitar
Kelebihan tenaga nuklear kerana ia tidak membabitkan isu pelepasan gas dari rumah hijau.
Bahan Mentah
Menurut kajian sesebuah loji jana kuasa nuklear yang berkeupayaan menghasilkan 1,000 Megawatt elektrik untuk beroperasi dalam masa setahun hanya memerlukan 30 tan metrik uranium.
Bagi kapasiti yang sama untuk loji arang batu pula sebanyak dua juta tan metrik arang batu diperlukan, manakala bagi loji yang menggunakan minyak pula terpaksa memerlukan 1.96 bilion gelen minyak.
Bagi kapasiti yang sama juga dalam tempoh setahun untuk loji tenaga suria, sebanyak 100 kilometer persegi panel photovoltaic diperlukan, untuk loji tenaga angin pula memerlukan 3,000 turbin angin.
Loji tenaga biomass berasaskan kayu pula memerlukan 30,000 kilometer kawasan tanaman pokok bagi menghasilkan biomass, loji tenaga bioalkohol berasaskan jagung pula memerlukan 16,100 kilometer persegi kawasan tanaman jagung bagi menghasilkan bioalkohol, manakala loji tenaga biogas berasaskan najis ayam pula memerlukan 800 juta ekor ayam bagi menghasilkan biogassBagi penulis penggunaan tenaga nuklear perlu dibangunkan di Malaysia supaya dapat terus membangun dengan pesat lagi di masa hadapan...harap kerajaan dapat membangkitkan isu ini dari semasa ke semasa supaya ia tidak hanya sebagai omongan kosong...tetapi penulis difahamkan kerajaan bercadang mahu membangunkan tenaga nuklear ini pada 2023..diharap para pembaca dapat menilainya sendiri...^_^
thanks 4 da infomation..rili need this for my PA essay
ReplyDeleteno problemo...sharing is caring..^_^
ReplyDeletepenah dgar x jana kuasa letrik mgunakan microbial fuel cell..??
ReplyDeletejawab soalan kat sini
ReplyDeletehttp://malaysia.youthsays.com/questions/229152
pasal penggunaan tenaga nuklear.
owh..insyaAllah akan memberikan pendapat dan cadangan..^_^
ReplyDeletememeng betul bahawa tenaga nuklear merupakan altenatif terbaik pada masa ini. tetapi adakah kita pernah terfikir baik buruk tenaga nuklear ini pada masa hadapan?
ReplyDeletebahan buangan daripada loji nuklear adalah sangat berbahaya kepada alam sekitar apatah lagi hidupan di muka bumi. selain itu, lokasi juga merupakan salah satu masalah kepada pembinaan loji nuklear di negara ini kerana keluasan yang terhad dan penerimaan penduduk terhadap cadangan ini...saya tidak bersetuju jika loji nuklear dibina di malaysia...
terima kasih kepada tanakwagu kerana sudi memberi pendapat di blog ini..kebaikannya tenaga nuklear ini adalah tenaga yg diperbaharui dan penjimatan kos utk jangka masa yg pjg..keburukan bg tenaga ini amat minima jika kita mampu mengikut prosedur dan faktor keselamatan..bhn buangan dr tenaga nuklear dibuang dikawasan yg sentiasa dipantau...tidak ada masalah mengenai tanah yang terhad krn di Jepun reaktor nuklear ini hanya terletak berdekatan dengan kawasan perumahan..yang penting reaktor nuklear ini hanya perlu berdekatan dengan kawasan air untuk proses penyejukan...jika kerajaan mampu menerangkan sebaiknya mengenai cadangan pembangunan teknologi nuklear ini penulis yakin rakyat menerima kerana utk kebaikan kita dan negara sendiri..wallahualam..^_^
ReplyDeletePerkara seperti ini akan menjadi masalah utk dibgnkn seandainya tidak terdapat pakar menerangkan kebaikannya,padahal bg sy tenaga nuklear sgt bagus,buktinya lihat saja di Iran.Jika seluruh rakyat Malaysia amalkn 8 nilai murni Wawasan 2020 & 8 nilai murni 1Malaysia,kelebihn tenaga ini akan menjd majoriti berbanding kelemahannya.X gitu? Btw thanks a lot for the info,halu.
ReplyDeletebtul tu mijah-chan..Malaysia akan terus menjadi negara maju jika rakyat dapat bekerjasama dengan kerajaan dlm memajukan negara kita sendiri..nway sharing is caring..:)
ReplyDeleteBtl...sbnarnye..jika kita sntiasa melihat kpd kebaikan dr kelebihan..kita akn sentiasa ke hadpn..ttp jika sbliknya,kita akn sntiasa trkebelakang...
ReplyDeleteyup..betul tu..kita sepatutnya sama-sama duduk berbincang daripada hanya mengkritik yang tidak dapat memberi manfaat kepada sesama kita..^_^
ReplyDeleteuranium mining issue?
ReplyDeletenuclear power plants issue?
radioactive waste issue?
thanks for sharing the info...sy skang ni pn tgh work on my asgnmnt ttg nuclear energy n sy di bhgn kerajaan. melalui pembacaan sy, malaysia dh luluskan usul utk membina tenaga plant pd 2021 n melalui comment di blog yg sy baca, ramai yg x berstuju. semua takut dengan kesan radiasi terutamanya. tp pd pandangan sy, kta suka atau pn x, nuclear palnt harus dibina di malaysia. ini utk masa dpn negara kita. petroleum akan habis dlm msa 50thn lg. kita harus sentiasa berfikiran positif. kalu x sampai bila pn kita x kn maju..
ReplyDeletefadhilah : sy bersetuju dgn pandangan saudari..kte perlu duduk berbincang daripada hanya tau mengkritik..^_^
ReplyDeleteApakah Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar tagihan, mengembangkan bisnis skala kecil atau menengah Anda? Ibu Elizabeth Louis Pinjaman Perusahaan memberikan kesempatan untuk membuat impian Anda menjadi kenyataan dengan memberikan pinjaman kepada individu swasta atau pemerintah dan Perusahaan dengan tingkat bunga 2% untuk awal untuk setiap jumlah yang dibutuhkan dan dengan jadwal pembayaran yang fleksibel. Hubungi Ibu Elizabeth Louis untuk LOAN Anda hari ini melalui email: elizabethlouisloancompany@gmail.com
ReplyDelete