Kita selalunya mendengar kebanyakan org berkata "past is past"..iaitu perkara yg lepas tu baik kita lupakan saja dan kita seharusnya pandang kehadapan...penulis tertarik untuk mengutarakan pandangan mengenai perkara ini...
Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap perkara mesti ade mase lampau ataupun sejarahnya tersendiri tidak kira la samada ia mengenai kehidupan seseorg ataupun perkembangan tamadun..penulis berasa agak tidak berapa gemar jika ada di kalangan kita yg berkata perkara yg lepas kita harus lupakan dan mulakan hidup yg baru..bg penulis kita sepatutnya berkata perkara yg lepas dijadikan pengajaran dan mulakan kehidupan yg bru dengan memperbaiki mutu kehidupan dengan pengalaman yg lalu...
Jika kita boleh berfikiran begini tentu kita akan menjadi lebih matang dan sentiasa dpt memperbaiki diri melalu kehidupan yg pnuh cabaran ini...kita tidak akan mengulangi kesilapan di masa hadapan kerana melihat kembali kehidupan masa lampau yg kita telah lalui...contohnya kita boleh lihat seperti yg kita tahu dulu semasa Asia mengalami kegawatan ekonomi yg teruk pada tahun 1997 Malaysia telah menggunakan acuan sendiri untuk mengatasinya..pada masa itu Malaysia dikritik hebat oleh pemimpin antarabangsa dan berkata Malaysia menuju kehancuran..tetapi dengan kebijakasanaan pemimpin kita pada masa itu beliau dapat menutup terus mulut para pengkritik malah mereka 'menjilat semula ludah mereka sendiri' seperti isu Amerika Syarikat yg sedang mengalami kelembapan ekonomi yg dahulunya lantang mengkritik Malaysia akhirnya mereka belajar dari pengalaman Malaysia yg lalu dengan memberi bantuan kepada syarikat-syarikat besar yg hampir muflis...
Seperti kita yg sentiasa menghadapi pelbagai cabaran yg baru untuk meneruskan kehidupan yg lbh berguna perkara yg lepas kita tidak sepatutnya kita melupakan terus kerana ia dapat menghalang kita melakukan kesilapan yg sama lagi...kita juga boleh belajar dari pengalaman-pengalaman lalu yg di alami rakan-rakan kita supaya boleh dijadikan rujukan dan panduan sekiranya kita tidak mengalaminya..bg penulis perkara lampaulah yg memberikan kita kekuatan utk memperbaiki diri kita pada masa sekarang dan seterusnya..
semoga kita bersama-sama beroleh manfaat yg berguna dari penulisan dari penulis ini..
*just sharing* ^_^
No comments:
Post a Comment