Penulis tertarik dengan cadangan kerajaan yang hendak membangunkan tenaga nuklear sebagai sumber alternatif kepada minyak untuk menjana tenaga elektrik dan seterusnya dapat memacukan pembangunan negara yang pesat membangun...penulis disini mahu kita sama-sama memahami bagaimana penggunaan tenaga nuklear ini dapat dibangunkan di Malaysia..
Penghasilan Tenaga NuklearPenghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear...bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron...neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru...dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil...tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR...proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku...proses ini ialah 'TINDAKBALAS BERANTAI'.
..tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air...stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik...
Di Malaysia Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi dipertanggungjawab sebagai pusat penyelidikan dan membangunkan tenaga nuklear..
Kos Efektif
Modal permulaan untuk membangunkan loji tenaga hidro dengan loji tenaga nuklear adalah sama, tetapi dalam jangka masa panjang kos operasi loji tenaga nuklear adalah lebih murah kerana ia boleh menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus, selain kos penyenggaraannya yang juga rendah.
Mengapa Beralih Kepada Tenaga Nuklear
Teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh diteroka bagi mengelakkan negara terlalu bergantungan kepada minyak dan gas...adalah tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi menghasilkan produk-produk nilai ditambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara...walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro, tetapi tenaga nuklear dilihat sebagai alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam..sekiranya kita menggunakan tenaga nuklear pada masa depan, kita boleh juga menghasilkan tenaga hidrogen untuk kegunaan sektor pengangkutan..
Lokasi
Tapak loji tenaga nuklear perlu berdekatan dengan sumber air khasnya air laut bagi proses sistem penyejukan..
Kesan Kepada Alam Sekitar
Kelebihan tenaga nuklear kerana ia tidak membabitkan isu pelepasan gas dari rumah hijau.
Bahan Mentah
Menurut kajian sesebuah loji jana kuasa nuklear yang berkeupayaan menghasilkan 1,000 Megawatt elektrik untuk beroperasi dalam masa setahun hanya memerlukan 30 tan metrik uranium.
Bagi kapasiti yang sama untuk loji arang batu pula sebanyak dua juta tan metrik arang batu diperlukan, manakala bagi loji yang menggunakan minyak pula terpaksa memerlukan 1.96 bilion gelen minyak.
Bagi kapasiti yang sama juga dalam tempoh setahun untuk loji tenaga suria, sebanyak 100 kilometer persegi panel photovoltaic diperlukan, untuk loji tenaga angin pula memerlukan 3,000 turbin angin.
Loji tenaga biomass berasaskan kayu pula memerlukan 30,000 kilometer kawasan tanaman pokok bagi menghasilkan biomass, loji tenaga bioalkohol berasaskan jagung pula memerlukan 16,100 kilometer persegi kawasan tanaman jagung bagi menghasilkan bioalkohol, manakala loji tenaga biogas berasaskan najis ayam pula memerlukan 800 juta ekor ayam bagi menghasilkan biogass
Bagi penulis penggunaan tenaga nuklear perlu dibangunkan di Malaysia supaya dapat terus membangun dengan pesat lagi di masa hadapan...harap kerajaan dapat membangkitkan isu ini dari semasa ke semasa supaya ia tidak hanya sebagai omongan kosong...tetapi penulis difahamkan kerajaan bercadang mahu membangunkan tenaga nuklear ini pada 2023..diharap para pembaca dapat menilainya sendiri...^_^