Tuesday, May 11, 2010

Alasan...

Salam kepada semua pembaca...

Entri kali ini penulis ingin membicarakan mengenai alasan...hmm...sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia mempunyai sikap yang suka memberi pelbagai alasan...mencari alasan ini seperti sudah berada dalam diri tanpa kita sedari...ada baik dan buruk juga dalam mencari alasan...alasan yang jujur dan ikhlas itulah baiknya...jikalau alasan itu hanya penuh dengan kepura-puraan dan bermuka-muka ada la niat buruknya...

Alasan selalu digunakan sama ada kita betul-betul tidak dapat memenuhi kehendak seseorang itu ataupun dengan niat untuk melarikan diri daripada sesuatu situasi yang kita malas hendak melayan...perkara sebegini banyak terjadi untuk pasangan yang sedang dilamun asmara...tentunya terasa sakit dihati apabila org yang kita sayang memberi pelbagai alasan sama ada untuk meninggalkan kita mahupun menolak pelawaan kita...tetapi kita perlu lihat adakah alasan yang diberikan itu wajar atau tidak...kita tidak perlu mengikut perasaan dan hanya menggunakan kewarasan akal apabila menghadapi keadaan sebegini...

Tetapi selalunya apabila kita ditinggalkan oleh org yang sangat disayangi tentunya perasaan yang memainkan peranan yang sgt besar dalam diri...apabila perkara ini berlaku pelbagai alasan yang diberikan tidak diterima dan hanya mengharapkan org yang disayangi tidak meninggalkan kita...oleh itu impak memberikan alasan ini byk juga mempengaruhi kehidupan seseorg itu...tepuk dada tanyalah selera...kita sama-sama la fikirkan sebelum memberikan sesuatu alasan yang mungkin memberikan impak yang mendalam kepada seseorg...wallahualam...


lagu yang berkaitan dengan alasan..enjoy..:D



4 comments:

  1. aish....bunyik cam patah hati jew,halu...haha (^,^)
    ehem..mmg betul pn.Tp kdg2 tu,rs mls je nk bgtau sbb sbnr tindakan kita kat org len yg mempersoalkannya bila fikir yg diorg akn anggapnya sbg alasn ciptaan,letih nk jelaskn
    pjg2.So,bg sesetgh keadaan tu lebih baik senyap je..kot2 jd penunu bunsen,habis daa..
    Namun begitu,hak diri sendiri perlu ditimbang tarakan.

    ReplyDelete
  2. ahahha...bunyi je mcm patah hati..tp x pun..kte hidup ni mcm2 dugaan yg dtg..so kte jz bersedia la dgn segala yg mendtg..heheh..same2 la kite berusaha ye Mijah-chan..^_^

    ReplyDelete
  3. haah...ok la...
    cakap psl usaha apa sumer tu,kira kena ucap tahniah gak aa kat halu.
    sebab time HKSBP ke-37 thn nih (wat kat skul ak,SCIPP) dlm anugerah pencapaian SBP, SASER dpt 3 pingat emas & 3 matapelajarn 100% A,ak x tau sgt camne diorg ukur tp maybe diorg sum up dgn SPM & PMR result sesebuah SBP tu kot.Skul ak cuma dpt 1 pingat emas,1/2 gangsa,3/4 mata pelajaran 100% A (ni kes ak x ingat sgt heh).Tp SBP len,terutamanyer zon tgh giler punyer result..6 pingat emas la,8 matapljrn terbaik la,lompatan saujana la... Leh jd alasan x utk kita rasa rendah diri? Bukan kau la tp ak.. (-_-) Utk SPM ni ak nk wat yg terbaik..

    ReplyDelete
  4. owh..hahah..sempat pulak kn..mmg sifat rendah diri tu perlu ade pada setiap org..kadang-kadang dorg yg hebat-hebat ni bukan bermaksud meninggi diri..diorang ni poyo-poyo je..cam memain je la..hmm..buat yang terbaik untuk SPM tahun ini..amalkn DUIT (doa..usaha..istiqamah dan tawakal)..insyaAllah akan berjaya..^_^

    ReplyDelete