Saturday, March 20, 2010

Suka dan Duka..



Penulisan kali ini penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai peristiwa atau pengalaman suka dan duka...penulis benar-benar yakin dan pasti bahawa setiap dari kita umat manusia pasti melalui peristiwa suka dan duka...

Suka...perasaan ini tentunya akan membuatkan setiap insan di dunia ini akan merasa bahagia dan seperti sudah berada di 'syurga'...peristiwa manis penuh suka ria tentunya paling diingati...kita hanya memikirkan keseronokan yang dikecapi dan kadang-kadang kita tidak terfikir pun bagaimana boleh datangnya kebahagian dan keseronokan itu sendiri..

Duka...perasaan sebegini tentunya tidak diinginkan oleh setiap insan yang bernyawa di muka bumi ini..jika perkara ini berlaku tentunya terasa seperti dunia telah berakhir dan akan berkata 'sungguh kejam dunia ini terhadap diriku'..saat duka pastinya akan berlaku dlm setiap insan...cuma kita sebagai manusia yang dicipta pelbagai ragam dan personaliti perlu arif dan bijak untuk menangani saat duka itu...

Penulis hanya mahu mengingatkan diri penulis sendiri dan juga para pembaca bahawa segala yang berlaku adalah daripada ketentuan dari Allah Yang Esa...kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa bersyukur dan mengingati bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya...Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu secara suka-suka...sesuatu perkara yang terjadi itu terdapat pelbagai maksud tersirat dan kita sebagai hamba Allah perlulah berfikir dan berusaha untuk terus menjadi hamba yang bertaqwa..suka dan duka semuanya datang daripada Allah untuk memberi peringatan kepada hamba-hambaNya..

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati..InsyaAllah..^_^

No comments:

Post a Comment