Tuesday, March 23, 2010

Selingan 18..

Bahasa Cinta Tahap Tertinggi...

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji- janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu:Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian theorem pithagoras untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian.....


^_^

Pabila Hati Telah Berkarat...

Besi berkarat boleh dikilatkan atau dipulihkan dengan cat ataupun WD40, bagaimana hati boleh menjadi berkarat dan bagaimana nak mengilatkannya semula?


Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda :
Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat(Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong. ” Riwayat At Tirmizi.

Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda:
Barangsiapa membiasakan membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya keringanan dari kesusahannya dan jalan keluar dari kesulitannya serta diberiNya rezeki dari jalan yang tak terduga. ” Riwayat Abu Daud.

Rasulullah segera mendirikan sembahyang apabila baginda mengalami kesusahan..

BAGAIMANAKAH CARA MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENINGKATKAN DARJAT?

Rasulullah bersabda:
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Para sahabat menjawab: Baiklah ya Rasulullah: Sabda Rasulullah: Menyempurnakan wuduk, menghadapi segala kesusahan, memperbanyak langkah menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat...

wallahualam..^_^

Saturday, March 20, 2010

Suka dan Duka..



Penulisan kali ini penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai peristiwa atau pengalaman suka dan duka...penulis benar-benar yakin dan pasti bahawa setiap dari kita umat manusia pasti melalui peristiwa suka dan duka...

Suka...perasaan ini tentunya akan membuatkan setiap insan di dunia ini akan merasa bahagia dan seperti sudah berada di 'syurga'...peristiwa manis penuh suka ria tentunya paling diingati...kita hanya memikirkan keseronokan yang dikecapi dan kadang-kadang kita tidak terfikir pun bagaimana boleh datangnya kebahagian dan keseronokan itu sendiri..

Duka...perasaan sebegini tentunya tidak diinginkan oleh setiap insan yang bernyawa di muka bumi ini..jika perkara ini berlaku tentunya terasa seperti dunia telah berakhir dan akan berkata 'sungguh kejam dunia ini terhadap diriku'..saat duka pastinya akan berlaku dlm setiap insan...cuma kita sebagai manusia yang dicipta pelbagai ragam dan personaliti perlu arif dan bijak untuk menangani saat duka itu...

Penulis hanya mahu mengingatkan diri penulis sendiri dan juga para pembaca bahawa segala yang berlaku adalah daripada ketentuan dari Allah Yang Esa...kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa bersyukur dan mengingati bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya...Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu secara suka-suka...sesuatu perkara yang terjadi itu terdapat pelbagai maksud tersirat dan kita sebagai hamba Allah perlulah berfikir dan berusaha untuk terus menjadi hamba yang bertaqwa..suka dan duka semuanya datang daripada Allah untuk memberi peringatan kepada hamba-hambaNya..

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati..InsyaAllah..^_^