Tuesday, October 20, 2009

Hakikat..



Waa..dah gatal tangan penulis nak menaip untuk blog ni...ok..kali ni topik yg ingin bangkitkan adalah hakikat...hmm..hakikat cmne tu ek?same2 la kita bincangkan..sekarang ni ape yang penulis nmpak adalah telah menjadi suatu tradisi atau trend remaja untuk mempunyai pasangan atau couple...kebanyakan remaja beranggapan perlunya bercouple ditahap kite masih belajar tidak kire sama ada masih di peringkat menengah atau pengajian tinggi kerana mereka berasa kononnya bile bekerja nanti sukar untuk mencari jodoh...yeke?


Penulis tertarik dengan tanggapan sebegitu...penulis tidak kisah jika pasangan ni melalui kehidupan mereka sebagai pasangan tidak banyak menimbulkan masalah diantara satu sama lain...tp bagaimana pula sekiranya terdapat pasangan yg selalu menimbulkan masalah?tentunya emosi pasangan akan terganggu lebih2 lg sebagai seorang yg masih bergelar pelajar...tentunya pelajaran mereka akan terganggu bkn?dan masa mereka untuk mengulangkaji dan membuat assignment juga akan terganggu bkn?sebagai seorang pelajar kita seharusnya tidak membebankan fikiran kita dengan masalah2 yang remeh seperti ini...tugas kita hanyalah perlu belajar yang telah diamanahkan..


Bagi penulis jika mencari cinta diwaktu kita sedang menuntut ilmu banyak juga halangannya...bagaimana jika sekiranya pasangan masing2 telah tamat pengajian selepas itu pergi mencari kerja dengan haluan atau tempat yang berbeza yang menyebabkan terputusnya hubungan yang telah lama dibina?berbaloikah hubungan yg dibina sebelum ini?jika haluannya sama dan dapat bertahan alhamdulillah..


Penulis ingin tekankan bahawa tidak salah untuk kita mencari hubungan cinta diwaktu masih belajar...cuma penulis ingin nasihatkan biarlah berpada2 dan berfikiran matang dalam melayari bahtera yang bahagia itu dengan bijak kerana itu adalah hakikat yang kita tidak boleh sangkalkan..wallahualam...

No comments:

Post a Comment