Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya...




Salam..penulis ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca..diharap dimaafkn segala kesilapan dan kekurangan diri penulis ini samada dalam bidang penulisan mahupun kehidupan..semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah pada hari yg berbahagia ini..semoga kita semua selamat pulang ke kampung halaman masing2..semoga bertemu lg insyaAllah..^_^

Friday, August 6, 2010

Selingan 19...

Logik Thinker..

Pada suatu hari di suatu gerai makan, masuklah seorang berpakaian smart (panggil Ali jer ek..) dan minum di gerai tersebut.

Tauke warung tersebut Wak yg boring takde pelangan lain mengajak Ali berbual..

Wak: Apa Pekerjaan Bapak?

Lalu Ali itu jawab: “Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker”.

Wak pelik dan bertanya: “Logic thinker? Kerja aper tu?”

Ali menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok?

Wak: OK!

Ali: Ok mula-mula – Apakah Wak punya akuarium?

Wak: O ya saya ada akuarium yg besar di rumah.

Ali: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan.

Wak: Yup saya ada ikan macam-macam jenis.

Ali: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang.

Wak: O ya betul sekali saya sangat sayang pada binatang.

Ali: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak anda! Anda pasti sangat menyayangi anak anda.

Wak: Betul sekali (suka) saya mencintai anak saya lebih dari ikan.

Ali: Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri.

Wak: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita.

Ali: Tentu saja saya tahu karena itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika anda ada isteri dan anak, bererti anda tidak mati pucuk! Betul?

Wak: 100% betul saya tidak mati pucuk.

Ali: Hmm begitulah lebih kurang logic thinker itu.

Wak: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang (sambil takjub).

Setelah pelangganya itu pergi, datanglah kawannya dan Wak bertanya:

Kawan: Aku tgk Wak borak bukan main rancak, citer aper?

Wak: Ooo tadi saya berbual pasal kerjaya Logic Thinker.

Kawan: Apa itu Logic Thinker?

Wak: Begini saya terangkan (muka konfiden giler).

Pertama-tama saya tanya dahulu, Ko ada akuarium tak?

Kawan Wak : Takde, naper?

Wak: (berkata dgn keras dan pasti) BERERTI ANDA MATI PUCUK!!!


enjoy~..:D

Tuesday, May 11, 2010

Alasan...

Salam kepada semua pembaca...

Entri kali ini penulis ingin membicarakan mengenai alasan...hmm...sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia mempunyai sikap yang suka memberi pelbagai alasan...mencari alasan ini seperti sudah berada dalam diri tanpa kita sedari...ada baik dan buruk juga dalam mencari alasan...alasan yang jujur dan ikhlas itulah baiknya...jikalau alasan itu hanya penuh dengan kepura-puraan dan bermuka-muka ada la niat buruknya...

Alasan selalu digunakan sama ada kita betul-betul tidak dapat memenuhi kehendak seseorang itu ataupun dengan niat untuk melarikan diri daripada sesuatu situasi yang kita malas hendak melayan...perkara sebegini banyak terjadi untuk pasangan yang sedang dilamun asmara...tentunya terasa sakit dihati apabila org yang kita sayang memberi pelbagai alasan sama ada untuk meninggalkan kita mahupun menolak pelawaan kita...tetapi kita perlu lihat adakah alasan yang diberikan itu wajar atau tidak...kita tidak perlu mengikut perasaan dan hanya menggunakan kewarasan akal apabila menghadapi keadaan sebegini...

Tetapi selalunya apabila kita ditinggalkan oleh org yang sangat disayangi tentunya perasaan yang memainkan peranan yang sgt besar dalam diri...apabila perkara ini berlaku pelbagai alasan yang diberikan tidak diterima dan hanya mengharapkan org yang disayangi tidak meninggalkan kita...oleh itu impak memberikan alasan ini byk juga mempengaruhi kehidupan seseorg itu...tepuk dada tanyalah selera...kita sama-sama la fikirkan sebelum memberikan sesuatu alasan yang mungkin memberikan impak yang mendalam kepada seseorg...wallahualam...


lagu yang berkaitan dengan alasan..enjoy..:D



Tuesday, March 23, 2010

Selingan 18..

Bahasa Cinta Tahap Tertinggi...

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji- janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu:Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian theorem pithagoras untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian.....


^_^

Pabila Hati Telah Berkarat...

Besi berkarat boleh dikilatkan atau dipulihkan dengan cat ataupun WD40, bagaimana hati boleh menjadi berkarat dan bagaimana nak mengilatkannya semula?


Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda :
Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat(Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong. ” Riwayat At Tirmizi.

Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda:
Barangsiapa membiasakan membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya keringanan dari kesusahannya dan jalan keluar dari kesulitannya serta diberiNya rezeki dari jalan yang tak terduga. ” Riwayat Abu Daud.

Rasulullah segera mendirikan sembahyang apabila baginda mengalami kesusahan..

BAGAIMANAKAH CARA MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENINGKATKAN DARJAT?

Rasulullah bersabda:
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Para sahabat menjawab: Baiklah ya Rasulullah: Sabda Rasulullah: Menyempurnakan wuduk, menghadapi segala kesusahan, memperbanyak langkah menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat...

wallahualam..^_^

Saturday, March 20, 2010

Suka dan Duka..



Penulisan kali ini penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai peristiwa atau pengalaman suka dan duka...penulis benar-benar yakin dan pasti bahawa setiap dari kita umat manusia pasti melalui peristiwa suka dan duka...

Suka...perasaan ini tentunya akan membuatkan setiap insan di dunia ini akan merasa bahagia dan seperti sudah berada di 'syurga'...peristiwa manis penuh suka ria tentunya paling diingati...kita hanya memikirkan keseronokan yang dikecapi dan kadang-kadang kita tidak terfikir pun bagaimana boleh datangnya kebahagian dan keseronokan itu sendiri..

Duka...perasaan sebegini tentunya tidak diinginkan oleh setiap insan yang bernyawa di muka bumi ini..jika perkara ini berlaku tentunya terasa seperti dunia telah berakhir dan akan berkata 'sungguh kejam dunia ini terhadap diriku'..saat duka pastinya akan berlaku dlm setiap insan...cuma kita sebagai manusia yang dicipta pelbagai ragam dan personaliti perlu arif dan bijak untuk menangani saat duka itu...

Penulis hanya mahu mengingatkan diri penulis sendiri dan juga para pembaca bahawa segala yang berlaku adalah daripada ketentuan dari Allah Yang Esa...kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa bersyukur dan mengingati bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya...Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu secara suka-suka...sesuatu perkara yang terjadi itu terdapat pelbagai maksud tersirat dan kita sebagai hamba Allah perlulah berfikir dan berusaha untuk terus menjadi hamba yang bertaqwa..suka dan duka semuanya datang daripada Allah untuk memberi peringatan kepada hamba-hambaNya..

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati..InsyaAllah..^_^

Tuesday, February 2, 2010

Celoteh...

Salam..

Akhirnye masuk tahun 2010...dan dengan itu juga telah lama penulis tidak mengemaskini blog yg dh berhabuk ni...huhuhu...di awal tahun 2010 penulis melihat pelbagai kerenah, ragam dan isu yg melanda negara kita...apa yg penulis harapkan supaya kita manusia yang diberikan akal dan fikiran dapat melakukan tindakan dengan waras dan wajar...penulis berharap semoga permulaan tahun 2010 dapat memberikan sesuatu yg terbaik kepada diri penulis dan semoga segala usaha yang dilakukan dapat menghasilkan keputusan yang membanggakan dalam pelbagai aspek...diharapkan penulis dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada pembaca melalui penulisan blog ini...doakan penulis supaya mempunyai masa untuk mengemaskini blog yang dh agak berhabuk ni..

^_^